29 June 2011

Kuubat Kehilangan III

Mungkin agak senang untuk bagi kita yang dewasa untuk menghadapi situasi kehilangan. Tapi tidak bagi insan2 kecil yang mungkin belum memahami. Sememangnya ia amat berat untuk mengalih emosi sedih mereka. Apatah lagi jika masing2 sudah bijak akalnya.

Bagi kakak dia tahu adiknya telah 'mati'. Cuma dia sendiri tidak faham apa itu sebenarnya 'mati' itu. Setiap hari di awal kematian Afiq dia tanya ke mana adik pergi. Jawabku pastinya ke syurga. Dan aku ceritakan perihal syurga padanya. Alhamdulillah kakak faham. Cuma kadang2 rindu itu menjengah, dia pasti akan menangis kerana teringatkan adik. Terapi kakak adalah dengan mewarna. Dalam sehari dia boleh mewarna banyak buku. Lama situasi ini berlangsung sehingga memang duitku ketika itu diperuntukkan hanya untuk membawa kakak ke kedai buku. Syukur sikit2 kakak mula pulih dan boleh melakukan aktiviti lain pula.

Gambar kenangan antara adik dan kakak

Bagi aku abang agak kuat dalam menghadapi realiti kehilangan adik Afiqnya. Cuma kalau dia bersedih pasti dia akan datang memelukku. Sesekali ada juga air mata yang tumpah tatkala teringatkan Afiq. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kehilangan Afiq, anak2ku makin dekat dengan Allah. Aku juga. Apa yang penting aku akan menasihati anakku agar sentiasa melakukan kebaikan agar nanti boleh berjumpa Afiq di syurga. Syukur mereka terutamanya abang sudah rajin solat.

Memori antara adik dan abang
Bila mereka sedih atau teringatkan adik, pasti aku minta mereka membaca doa untuk Afiq. Sekurang2nya disedekahkan surah al-fatihah di sana sekali sehari. Dan moga ia kekal dibaca hingga akhir nyawa kami. Apa yang penting bila berlaku kehilangan begini di dalam keluarga, peranan ibu bapa adalah penting untuk memberi panduan kepada anak2 yang masih 'ada' ini. Kita seharusnya bersyukur masih ada lagi anugerah yang tidak diambil Ilahi. Dan ingatlah bahawa semua yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman dari-Nya. Dan jika tiada lagi anugerah yang peerlu dijaga, kita masih ada janji lain yang masih belum terlaksana. Janji kita sebelum dilahirkan ke bumi. Kerana itu apa yang aku yakin, setiap yang tersirat dan tersurat pasti ada hikmat yang tersembunyi. Kalau tidak di dunia, mudah2an di akhirat kelak. Amin

No comments: