19 June 2011

Saat Kehilangan

Ok entri ni nak sambung kisah anak ketigaku Afiq.

Afiq meninggal rasanya memang ketika tidur di ribaan aku. Aku sendiri tak dapat agak masa sebenar kematiannya coz pagi tu aku tengah tengok tv. Anggaran masa aku agak 9.30 ke 10.00 pagi sebabnya masa tu aku ngan anak2 lain tengah tengok citer Mulan yang kartun tu kat tv2. Afiq sebelum tu tidur kat atas. So dlm kul 9.00 pagi dia panggil aku. Aku naik atas tgk dia tgh tidur berdiri kat tepi pintu bilik. Aku kejutkan dia bangun tapi mata cam berat nak tido lagi. So aku  angkat dia dan biar dia tidur kat bawah plak. Masa tu sempatla aku nyusukan dia (Afiq masih menyusu badan masa meninggal tu). Tapi dia tak banyak minum. Cuma aku perasan tidur dia agak tak selesa. Kejap tidur duduk kejap baring balik. So yang terakhir aku ambil Afiq tidurkan kat riba aku dalam posisi menerap dan aku tepuk2 belakang badan dia. Dan Afiq dapat posisi untuk tidur dengan nyenyaknya selepas itu hingga aku tidak sedar nafasnya sudah berakhir.

Sehari sebelum meninggal Afiq memang aku tengok cam susah nak nafas. Tak lalu makan cam biasa. Petang tu aku bawa ke klinik. Doktor bertugas kata tak ada apa apa cuma kahak dia banyak. Tapi waktu tu Afiq tak demam, tak batuk dan tak selsema. So doktor tu... Dr. Azah cuma bg gas dan bg ubat kembung kononnya arwah angin. Oklakan kita bukan doktor dan tak tau sangat bab tu. Masa ambil gas tu arwah asyik nangis tapi still bleh pujuk. Macam2 aku buat nak bagi dia tenang ambil gas tu dan janji aku pada arwah klau dia sihat akan kubawanya ke zoo. Habis ambil gas doktor kata tak ada apa2 dan boleh balik dengan bekalan ubat asma walaupun katanya anak aku takde asma. Iyelah diakan doktor so dengarlah cakap dia.

Blk klinik aku ke rumah datuknya yg tinggal tidak jauh dari rumah kami. Sampai sana Afiq minta makan. Tapi bila suap nasi dia still taklalu makan coz sibuk nak main badminton ngan abang dan kakak. Pastu dia sibuk nak baca buku (sebenarnya dok tengok gambar) buku yg aku beli pagi tadi. Banyak kali jugakla dia habis ulang tengok buku tu. Kemudian dia tidur dan masa dia tidur tu kami blk tanpa sempat Afiq bersalam ngan atuk dan neneknya seperti biasa. Dalam kereta Afiq bangun dan aku ajak babahnya ke KFC untuk take away kentang putar yang dia suka makan. Afiq suka sangat waktu tu dan terkeluar dari mulutnya perkataan yeay-yeay.

Dalam kereta dia sibuk dah nak makan kentang goreng. Lega aku tengok dia berselera makan semula. Sampai rumah Afiq sambung makan kentang putar dan ayam pula. Seronok aku tengok dia makan. Tapi sayang lepas tu bila aku suap ubat dia muntah semua benda tu blk. Pastu dia tidur. Malam dalam kul 10 kot dia bangun dan minta nasi. Dia makan tapi sikit sangat. Sambil tu dia tengok citer CJ7. Mengekek-ngekek dia gelak tengok gelagat pelakon. Lega hati aku bila dia ceria. Sampai habis dia layan citer tu. Pastu dia minta makan lagi. Kali ni roti cicah sos. Ini memang antara kesukaan Afiq. Alhamdulillah habis sekeping roti. Bila ajak tidur dia taknak. Agaknya dia dah dapat rasa masanya dengan kami tidak lama. So aku layan jer dia tgk tv samapai babahnya kata nak naik atas baru dia nak ikut.

Seperti hari2 yang sebelumnya sebelum tidur dia pasti akan bersalaman serta mencium babahnya. Dan itulah keletah terakhir bagi kami. Malam itu Afiq tidur agak selesa berbanding hari2 sebelumnya yang mana Afiq agak gelisah. Tapi seksanya ketika aku melihat dia bernafas. Sedang semua doktor yang aku temui mengatakan dia tidak sakit dan hati kecilku mengatakan ada yang tidak kena. Dan aku tetap tidur pada malam itu bersama Afiq dengan pertanyaan.

Nak tahu kenapa aku semacam mempertikaikan kerja doktor? Kisahnya di Entri IV

Antara gambar2 terakhir Afiq

No comments: