31 August 2011

Salam Kemerdekaan Ke-54


Masih dalam mood raya dan mood balik kampung. Apa2 hal pun jangan lupa tarikh keramat ini, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957. Al-fatihah kepada semua pejuang bangsa yang telah kembali ke alam sana. Semoga roh mereka senantiasa dirahmati-Nya.

Al-Fatihah

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧

29 August 2011

Salam Aidilfitri

Kad raya dengan lakaran wajah Afiq kerana tidak mungkin namanya terpahat di atas kad lagi...
Raya tahun ini sememangnya berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Tiap2 tahun aku kira begitu. Cuma kali ini kami sekelurga beraya tanpa Afiq yang telah dulu pergi menemui-Nya. Persediaan raya semuanya ala kadar sahaja. Yang penting persiapan untuk anak2 yang masih di sisi terutamanya pada kakak yang berjaya puasa sebulan. Apa pun dah raya ni taknak sedih2 yea... (khas buatku)... Salam lebaran... Maaf zahir dan batin kepada semua jika ada catatan di sini yang menyinggung perasaan kalian... (klau ada yang baca ler ;p)

20 August 2011

Siapkan Tempahan Kawan2

Musim2 nak raya ini aku agak sibuk menyiapkan order kengkawan untuk anak2 mereka melaram di hari lebaran nanti. Kebayakan tempahan adalah beg serta sepit rambut. Inilah antara tempahan yang telah siap. Berminat nak tempah silalah ke SINI.






15 August 2011

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan ayat 74


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa

14 August 2011

Doa Anak Kerjakan Solat

Kali ini aku nak kongsi doa untuk buat kita dan anak2 kita agar rajin solat. Doa ini diambil dari surah Ibrahim ayat 40-41. Semoga dengan amalan doa ini menjadikan anak2 kita seorang anak yang sujud kepada pencipta-Nya


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

13 August 2011

Doa Mohon Zuriat Yang Baik

Berikut adalah antara doa yang elok diamalkan untuk anak2... Semuanya aku ambil dari blog atau web2 yang tak tersebut olehku di sini. Walau bagaimanapun, semoga Allah memberikan rahmat kepada mereka2 ini yang ikhlas berkongsi ilmu... Maaf yea kalau tercedok... Terima kasih ;p


Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran ayat 38

هُنَهُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

12 August 2011

Rindu bertamu

Jumaat datang lagi. Seiring dengan rinduku pada anakku yang telah pergi dahulu menghadap Sang Pencipta. Entah mengapa rindu itu sering bertandang lewat waktu ini. Agaknya memikirkan raya tanpa seorang lagi anak di sisi. Atau mungkin dugaan Allah untuk menguji hamba-Nya di bulan yang pernuh barakah ini. Ya! Allah izinkan aku terus merindui Afiqku. Ampunkan aku kiranya aku merintih kesedihan. Sesungguhnya tak pernah padam detik2 bersama Allahyarham Muhammad Danish Syafeeq dulu.

Gelak tawanya masih kurindui.

11 August 2011

Aku Pengurus Rumahtangga

Tajuk macam bagus jer. He3 bukan apa, sedar tak sedar dah sebulan rupanya aku dah takde bibik. Jadinya hampir keseluruhan kerja rumah aku yang buat sekarang. He3 penat memang penat. Maklumla hampir keseluruhan kerja sebelum ini dilakukan oleh pembantu rumah kecuali memasak. Mana kerja lagi, mana nak berblog lagi dan mana nak berbisnes lagi. Hampir semua nak buat. Alhamdulillah masih boleh buatla. Cuma semuanya sikit2. Jadilahkan? Janji tanggungjawab terlaksana. Tapi rumah tu dah berapa macam nak rupa rumahlah kot kadang2. Mana taknya tukang sepah lagi ramai dari tukang kemas. He3 okla dia orang juga nak tinggal. Tapi kalau ada2 siapa2 nak datang jangan main terjah jelah. Nanti akan 'terserlahlan' kerajinan aku yang tak seberapa tu ;p

08 August 2011

Selamat Hari Lahir Yaya

Hari ini 08 Ramadhan 1432 bersamaan 08 Ogos 2011 bersamaan dengan hari lahir anak daraku yang ke-5 tahun. Tiada sambutan akan dilakukan pada hari ini dan hanya akan disambut pada hujung minggu ini. Tapi untuk menghiburkan hati kakak yang tengah berpuasa itu, akan aku belikan dia donut seperti yang aku janjikan semalam. Hadiah abahnya dah belikan semalam seperti yang diminta birthday girl, set alat memasak. Semoga kakak suka. Moga kakak membesar menjadi anak yang baik. Dan moga anakku ini senantiasa dalam lindungan serta redha-Nya.

07 August 2011

Doa dan amalan ketika Demam Campak

Doa dan amalan yang boleh diusahakan ketika dilanda Demam Campak. Amalan ini aku ambil dari buku Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azleen Ab. Hamid.


1. Baca surah al-Fatihah (1x)

2. Baca selawat ‘Tib’/ Selawat Penyembuhan Syifa (1x)

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُورِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Maksudnya;

Ya Allah ya tuhan kami, kami limpahkan rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadi penawar, menyihatkan badan (dari segala penyakit) yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pemandangan (mata) dan menyinarkannya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

3. Baca surah al-Hasyr dari ayat 21-24

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)

Maksudnya;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (24)


**Dibacakan atas segelas air sejuk atau air kelapa muda dan diberi minum kepada pesakit

06 August 2011

Anak

Hujung2 minggu ni mood aku nak kongsi karya2 agung aku... Hik3... Nak perasaan kejap

05 August 2011

Aku

Lagi puisi aku... suka tak? Ehe layan jer k... terima kasih

04 August 2011

Afiq : Setelah 6 Bulan Pemergiannya

Hari ini, genap 6 bulan Afiq pergi. Sungguh terasa benar begitu pantas masa meninggalkan kita. Sedang rindu pada si kecil masih bertamu. Cuma kesannya tidak sehebat dulu. Jujurnya aku dan keluarga masih 'terasa' kehilangannya. Tapi syukur, kami dianugerahkan-Nya kesabaran dan moga keredhaan-Nya juga. Kakak Yaya juga makin kuat dan tabah. Dan kata Yaya "kakak nak puasa, nak jadi good girl. Nanti boleh jumpa adik kat syurgakan mama." Syukur, si kakak sekarang sudah nampak kematangannya. Dah boleh berfikir. Mungkin itulah yang dijadikannya motivasi untuk berpuasa. Abang seperti biasa, jarang2 menunjukkan kesedihannya. Cuma kadang2 air matanya pasti gugur melihat album gambar Afiq. Aku? Jujurnya masih rindu memeluk tubuh kecil itu. Moga keampunan dianugerahkan kepadaku oleh Sang Pencipta kerana kadang2 seakan2 tidak dapat menerima takdir. Suamiku? Entahlan, orang lelaki memang pandai menyembunyikan emosi mereka. Tapi aku pasti, dia juga rindukan Afiq.

Si kecil yang amat kurindui.
Allahyarham Muhammad Danish Syafeeq

Kisah2 Afiq

03 August 2011

Cerita Abang Mula Puasa

Amer Si Abang mula puasa masa umur nak masuk 5 tahun juga. Tapi hari pertama dia puasa bukanlah pada hari pertama kita puasa. Seingat aku masa dah hari ke-5 umat Islam mula berpuasa pada tahun itu. Okla nak ajar namanya pun. Masa tu aku kat kampung di Perak. Kejut sahur masa tu sekali Yaya pun bangun dan makan. Dan hari tupun sebenarnya kita orang akan balik KL. Jadi masa dalam kereta, Amer dapat menahan lapar dan dahaganya. Cuma bila sampai rumah dia dah merengek lapar. Jadi bagi mengelakkan dia asyik minta makan, aku cuba alihkan perhaian dia dengan aktiviti yang dia suka. Alhamdulillah sejak dari itu, Amer dah puasa penuh. Untuk bagi sokongan moral di sekolah, aku buat surat kepada cikgu memaklumkan yang dia berpuasa. Alhamdulillah, walaupun bukan Tadika Islam, cikgu2nya yang majoritinya dari kaum India faham dan menyokong usaha anakku serta rakan2 lain berpuasa. Mereka diasingkan sewaktu makan dan diberikan aktiviti bagi mengisi waktu terluang. Tapi ada orang yang tak suka bila aku latih anak aku seawal usia begini. Kesian budak katanya. Tapi bagi aku melatih anak melaksanakan Rukun Islam terutamanya solat dan puasa perlulah dari kecil lagi agar sebati dalam diri mereka. Wallahualam.

02 August 2011

Kakak Berjaya Puasa

Alhamdulillah walaupun tak sahur semalam, kakak berjaya puasa penuh satu hari. Balik sekolah memang dia sedikit merengek kerana lapar. Tapi oleh kerana aku pun demam dan tahap tak larat nak layan dia, aku kata nanti. Sampai aku rasa ok sikit bila aku bangun nak sediakan dia makan, aku tengok kakak pula dah tidur. Kesianla pulak. Nak kejut tengok Yaya sedap je tengah lena. Akhirnya aku biarkan sahaja. Pukul 5 dia bangun dan sibuk nak ikut babahnya ke bazar ramadhan. Balik bazar dah sibuk nak makan juadah yang dibeli tadi. Dah alang2 pukul 6.00 petang aku leka2kan Yaya dengan aktiviti yang dia suka. Pertama dia ajak aku temankan dia mandi. Walaupun demam, aku gagahkan juga. Siap paksa aku mandi sekali sebab katanya aku demam kena mandi. Adus dia pulangkan balik ayat2 aku masa dia demam tempohari. He3. Layan jela walaupun menggigil aku dibuatnya. Habis mandi aku layan dia main congkak sampai pukul 7.00 malam. Pastu aku ajak dia hidangkan makanan. Sibuk menolong sambil2 sisa2 kat tangan tu kadang2 terlepas kat mulut. Biarlah budak lagi baru nak belajar. Azan maghrib bermula je, Yaya makan sampai kul 8.30 malam. Betul punya qada' makan minum anak daraku yang sorang ni. Tahniah Yaya dah puasa sehari. Puasa penuh ye sayang. Betulla kata Dr Glenn Doman tu.... potensi otak kanak2 mudah dibentuk.

01 August 2011

Kakak Belajar Puasa

Pagi tadi aku kejutkan Yaya juga untuk bangun sahur. Walaupun baru nak masuk 5 tahun umurnya aku tetap nak ajarnya berpuasa. Separuh hari pun okla. Tapi masa sahur dia bantai tidurla pula. Takpelah hari pertama ni tak payah puasalah dulu. He3. Dan Kebetulannya pula aku pula demam. So sorryla tak larat nak tulis panjang2.