30 November 2011

Kisah Bersunat Amer

Sedar tak sedar dah besar rupanya anak sulungku. Tanpa perancangan awal, suamiku memustuskan untuk menyunatkan hero kami bersama2 sepupunya secara laser. Aku ok je. Heroku pun macam tak kisah janji katanya tak kena jahit. So pada 27 November 2011 selamatlah anak disunatkan di Klinik An-Nur Bangi. Relaks je abang Amer ni... Cayalah! 
Tengah tunggu giliran disunatkan.. sebelahnya tu sepupunya Rizhan

Baca bukula konon.. Sampai sekaran rasanya tak habis baca lagi buku cerita tu

Tengokla posisi tak macam orang baru lepas sunat.. Malamnya lagi hebat.. Boleh tidur menerap lagi

Layan PS2 ngan Yaya plak.. Kesimpulannya laser memang tak menyakitkan.. He3

15 November 2011

Fakta Menarik Mengenai Susu Ibu

Terjumpa satu artikel yang menarik mengenai susu ibu. Dan aku rasa memang benar fakta yang dihuraikan. Salah satunya adalah mengenai fakta susu ibu dapat mengurangi risiko sakit jantung kerana anakku Afiq yang sememangnya mempunyai masalah jantung dapat 'hidup' lebih lama dari sepatutnya kerana dia sememangnya minum susu ibu. Wallahualam. Apa pun jom baca DI SINI.

11 November 2011

Info Kesihatan A-Z

LAMAN WEB INI akan membantu menerangkan serba sedikit info mengenai jenis2 penyakit dari A hingga Z. Moga kita semua beroleh manfaat dari perkongsian ini.

10 November 2011

Kolik / Colic

Apa itu kolik?

Aku pun sebenarnya tak tahu sangat pasal kolik ni. Walau anak dah nak masuk 4 tapi serius aku tak taupun apakah itu kolik. Sehinggalah aku tengok satu filem Siam yang bertajuk Colic ni jadi aku fahamlah sikit2 tapi taklah sepenuhnya sebab ada unsur2 mistik kat situ. Tapi sekali pandang aku rasa dalam masayarakat Melayu kita mengenalinya dengan 'Sawan tangis'. Tapi baru2 ini aku terjumpa tentang satu artikel mengenai kolik  ni dan terfikir aku nak berkongsinya dengan orang yang mencari2 makna disebalik kejadian ini. Apa2 pun kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kolik ni bolehlah berkunjung ke laman web ini INI dan INI. Selain info kolik, banyak lagi info2 lain yang boleh diperolehi tentang ilmu keibu bapaan di situ.

Secara ringkasnya kolik ialah label bagi pola tangisan yang tidak dapat dijelaskan pada bayi berusia di bawah tiga tahun yang sihat dan cukup makan. Walaupun kebanyakan bayi kecil kerap menangis tanpa sebab, terutamanya pada waktu awal petang, bayi yang menghidapi kolik menangis dengan lebih kerap daripada yang lain dan adalah sukar atau mustahil untuk ditenangkan. Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan.
Berikut adalah beberapa punca yang mungkin menyebabkan kolik serta tips yang boleh digunakan untuk mengurangkan sindrom kolik ini iaitu :
  • Sistem saraf pusat bayi anda masih tidak matang dan tidak stabil dan bayi anda belum bersedia untuk menghadapi stimulasi yang tidak dijangka. Bayi ini mungkin kurang menangis jika dia dibedung atau diangkat dalam anduh atau dibuai dalam buaian. Bayi anda mungkin akan tenang apabila anda memperdengarkannya dengan bunyian atau vibrasi berterusan yang menghalang stimulasi lain, seperti membawa dia berjalan dalam kereta atau meletakkannya berhampiran peralatan rumah yang berbunyi. Bayi anda mungkin akan tenang jika dia menghisap puting atau jarinya atau jika anda mengurutnya dengan perlahan atau membawanya keluar berjalan di luar rumah.
  • Sistem gastrousus bayi anda mungkin belum lagi tidak matang. Anda mungkin sedar bahawa bayi anda berangin atau sakit terutamanya selepas menyusu atau sebelum buang air besar. Jika dia berangin atau perlu sendawa dengan banyak, pastikan dia tidak menghirup udara dari botol dan selalu sendawakannya walaupun dia memakan susu badan. Jika dia terlalu berangin, pakar pediatrik anda mungkin menyarankan rawatan antispasmodik seperti Dentinox atau Colimix.
  • Bayi anda mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya. Jika anda menyusui, anda boleh cuba menukar diet anda untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi anda. Anda tidak boleh mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. (Jika anda mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan diet anda masih mencukupi). Jika bayi anda minum susu formula, berbincang dengan doktor anda sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi anda apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.
  • Bayi anda mungkin akan menjadi amat sensitif dan reaktif. Dia akan sukar ditenangkan kerana keperluan tidur dan makannya tidak menentu. Bayi yang sukar ditenangkan selalunya dilahirkan pra-matang beberapa minggu dan perlu menyesuaikan diri atau mungkin cuba untuk pulih dari kelahiran yang sukar.
Bagi pasangan yang anak mereka mengalami masalah ini perlulah banyak bersabar terutamanya bagi ibu yang masih dalam pantang. Ini kerana kesabaran kita memang akan teruji. Kalau agak2 hilang sabar tu letakla sekejap anak tu dan biarlah dia melalak dulu. Nampak agak kejam tapi bukan apa takut ada yang tak sabar dan akan melakukan apa2 yang boleh memudaratkan bayi mereka. Kalau boleh tugas menjaga bayi sementara itu diambil alih oleh bapa atau keluarga agar si ibu boleh bertenang. Ini bagi menjamin kesejahteraan anak dan ibu tadi. Jangan bapa yang baran sudahla. Tak selamat juga bayi tu nanti ;p Walau apapun aku pasti rawatan kaedah Islam mampu menenangkan bayi yang mengalami masalah ini. InsyaAllah.

09 November 2011

Pra-eklampsia / Pre-eclampsia

Bilakah bengkak itu petanda sesuatu yang serius?

Semasa hamil, bengkak di pergelangan kaki dan jari-jari kaki adalah normal dan sangat biasa. Ia dikenali sebagai edema yang menunjukkan bahawa anda mempunyai air yang berlebihan dalam badan. Namun begitu, bengkak di bahagian-bahagian lain di badan, terutamanya jika ianya berlaku dengan tiba-tiba, adalah sesuatu yang perlu dibawa kepada perhatian doktor anda.

Apa itu praeklampsia?

Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing.

Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyaki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.

Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
  • berumur 40 tahun atau lebih;
  • tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
  • mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
  • mengandung kembar or berganda;
  • mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
  • telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.

Bagimana saya boleh mencegahnya?

Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia.

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini.

Sekiranya saya mendapat praeklampsia, bagaimanakah rawatannya?

Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda.

Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh.

Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih.

Apakah petanda amaran bagi praeklampsia?

Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut:
  • muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba;
  • sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur;
  • sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda;
  • muntah.
Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu berkembang kelak.

Bolehkah praeklampsia menyebabkan komplikasi lain?

Kadangkala, tetapi jarang berlaku, ia boleh membawa komplikasi seperti sindrom HELLP, yang merupakan gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP bermaksud seperti berikut - haemolysis (H - pemecahan sel darah merah), enzim hati meningkat (EL - elevated liver enzymes) dan bilangan platelet yang rendah (LP - low platelet). Ia boleh berlaku sebelum praeklampsia dapat dikesan dan didiagnos. Simptom HELLP termasuklah sakit kepala, terasa loya dan sakit di bahagian atas abdomen.

Artikel ini aku ambil dari LAMAN WEB INI. Banyak tips2 lain yang berguna yang boleh dipelajari di sini.