25 January 2013

Selamat Ulangtahun Sayang


25.01.03 hingga 25.01.13...Sedar tak sedar.. dah 10 tahun aku menjadi suri kepada En. Hubby.. Sekejap je masa berlalu.. Sepanjang tempoh tu kami dikurniakan 4 orang cahayamata... 2 lelaki 2 perempuan... Cukup 2 pasang... Tapi skang cuma 3 yang ada ngan kami... Manakala cahayamata ketiga, anakanda Muhammad Danish Syafeeq telah mendahului kami menemui sang pencipta... Mungkin dia akan jadi tiket kami di alam sana kelak... Insyaallah... Apapun aku bersyukur kerana diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk merasi pahit manis alam perkahwinan ini... Moga ikatan kami kekal hingga ke alam sana... Aminnnn

Oh! Ya! Hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran suamiku yang ke 34 tahun... He3... happy Birthday sayang... Moga kita sekeluarga senantiasa dalam rahmat dan redha-Nya

03 January 2013

Yaya Darjah 1

Pejam celik pejam celik dah setahun lagi masa berlalu. Maksudnya aku makin tua dan anak makin besar. Tak gitu? He3.. So tahun ni kakak yaya masuk darjah 1. Excited bukan main. Oleh itu biarlah gambar berbicara ;p



20 May 2012

Selamat Datang Cinta

He3.. entri ni bukan apa.. Saja nak tayang buah hati baruku.. Dhiya Syafeera.. Lahir pada 14 Mei 2012.. Berat 3.2 kg.. Tinggi 57 cm... Tada... Comelkan dia cam mama dia ;p Moga Feera membesar menjadi anak yang senantiasa diberkati dan dirahmati-Nya.. Aminn









20 December 2011

Doa Agar Mudah Melahirkan Anak

Sila klik link ini yea DOA AGAR MUDAH MELAHIRKAN ANAK

Nilai Seutas Gelang Emas

Kalau baca tajuk ni NILAI SEUTAS GELANG EMAS rasanya memang tak ada kena mengena dengan ilmu yang aku sering kongsi di bbchearts ini. Tapi sebenarnya ia amat sesuai dengan topik2 yang dibincangkan di blog ini. Artikel dari link di atas adalah berkaitan dengan dilema wanita muslimah sewaktu proses ingin mendapatkan zuriat, proses mendapatkan rawatan ketika hamil serta semasa proses melahirkan. Kisah mengenai aurat serta perlunya ramai Doktor Wanita dalam bidang perbidanan ini. Selamat membaca yea.

30 November 2011

Kisah Bersunat Amer

Sedar tak sedar dah besar rupanya anak sulungku. Tanpa perancangan awal, suamiku memustuskan untuk menyunatkan hero kami bersama2 sepupunya secara laser. Aku ok je. Heroku pun macam tak kisah janji katanya tak kena jahit. So pada 27 November 2011 selamatlah anak disunatkan di Klinik An-Nur Bangi. Relaks je abang Amer ni... Cayalah! 
Tengah tunggu giliran disunatkan.. sebelahnya tu sepupunya Rizhan

Baca bukula konon.. Sampai sekaran rasanya tak habis baca lagi buku cerita tu

Tengokla posisi tak macam orang baru lepas sunat.. Malamnya lagi hebat.. Boleh tidur menerap lagi

Layan PS2 ngan Yaya plak.. Kesimpulannya laser memang tak menyakitkan.. He3

15 November 2011

Fakta Menarik Mengenai Susu Ibu

Terjumpa satu artikel yang menarik mengenai susu ibu. Dan aku rasa memang benar fakta yang dihuraikan. Salah satunya adalah mengenai fakta susu ibu dapat mengurangi risiko sakit jantung kerana anakku Afiq yang sememangnya mempunyai masalah jantung dapat 'hidup' lebih lama dari sepatutnya kerana dia sememangnya minum susu ibu. Wallahualam. Apa pun jom baca DI SINI.

11 November 2011

Info Kesihatan A-Z

LAMAN WEB INI akan membantu menerangkan serba sedikit info mengenai jenis2 penyakit dari A hingga Z. Moga kita semua beroleh manfaat dari perkongsian ini.

10 November 2011

Kolik / Colic

Apa itu kolik?

Aku pun sebenarnya tak tahu sangat pasal kolik ni. Walau anak dah nak masuk 4 tapi serius aku tak taupun apakah itu kolik. Sehinggalah aku tengok satu filem Siam yang bertajuk Colic ni jadi aku fahamlah sikit2 tapi taklah sepenuhnya sebab ada unsur2 mistik kat situ. Tapi sekali pandang aku rasa dalam masayarakat Melayu kita mengenalinya dengan 'Sawan tangis'. Tapi baru2 ini aku terjumpa tentang satu artikel mengenai kolik  ni dan terfikir aku nak berkongsinya dengan orang yang mencari2 makna disebalik kejadian ini. Apa2 pun kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kolik ni bolehlah berkunjung ke laman web ini INI dan INI. Selain info kolik, banyak lagi info2 lain yang boleh diperolehi tentang ilmu keibu bapaan di situ.

Secara ringkasnya kolik ialah label bagi pola tangisan yang tidak dapat dijelaskan pada bayi berusia di bawah tiga tahun yang sihat dan cukup makan. Walaupun kebanyakan bayi kecil kerap menangis tanpa sebab, terutamanya pada waktu awal petang, bayi yang menghidapi kolik menangis dengan lebih kerap daripada yang lain dan adalah sukar atau mustahil untuk ditenangkan. Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan.
Berikut adalah beberapa punca yang mungkin menyebabkan kolik serta tips yang boleh digunakan untuk mengurangkan sindrom kolik ini iaitu :
  • Sistem saraf pusat bayi anda masih tidak matang dan tidak stabil dan bayi anda belum bersedia untuk menghadapi stimulasi yang tidak dijangka. Bayi ini mungkin kurang menangis jika dia dibedung atau diangkat dalam anduh atau dibuai dalam buaian. Bayi anda mungkin akan tenang apabila anda memperdengarkannya dengan bunyian atau vibrasi berterusan yang menghalang stimulasi lain, seperti membawa dia berjalan dalam kereta atau meletakkannya berhampiran peralatan rumah yang berbunyi. Bayi anda mungkin akan tenang jika dia menghisap puting atau jarinya atau jika anda mengurutnya dengan perlahan atau membawanya keluar berjalan di luar rumah.
  • Sistem gastrousus bayi anda mungkin belum lagi tidak matang. Anda mungkin sedar bahawa bayi anda berangin atau sakit terutamanya selepas menyusu atau sebelum buang air besar. Jika dia berangin atau perlu sendawa dengan banyak, pastikan dia tidak menghirup udara dari botol dan selalu sendawakannya walaupun dia memakan susu badan. Jika dia terlalu berangin, pakar pediatrik anda mungkin menyarankan rawatan antispasmodik seperti Dentinox atau Colimix.
  • Bayi anda mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya. Jika anda menyusui, anda boleh cuba menukar diet anda untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi anda. Anda tidak boleh mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. (Jika anda mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan diet anda masih mencukupi). Jika bayi anda minum susu formula, berbincang dengan doktor anda sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi anda apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.
  • Bayi anda mungkin akan menjadi amat sensitif dan reaktif. Dia akan sukar ditenangkan kerana keperluan tidur dan makannya tidak menentu. Bayi yang sukar ditenangkan selalunya dilahirkan pra-matang beberapa minggu dan perlu menyesuaikan diri atau mungkin cuba untuk pulih dari kelahiran yang sukar.
Bagi pasangan yang anak mereka mengalami masalah ini perlulah banyak bersabar terutamanya bagi ibu yang masih dalam pantang. Ini kerana kesabaran kita memang akan teruji. Kalau agak2 hilang sabar tu letakla sekejap anak tu dan biarlah dia melalak dulu. Nampak agak kejam tapi bukan apa takut ada yang tak sabar dan akan melakukan apa2 yang boleh memudaratkan bayi mereka. Kalau boleh tugas menjaga bayi sementara itu diambil alih oleh bapa atau keluarga agar si ibu boleh bertenang. Ini bagi menjamin kesejahteraan anak dan ibu tadi. Jangan bapa yang baran sudahla. Tak selamat juga bayi tu nanti ;p Walau apapun aku pasti rawatan kaedah Islam mampu menenangkan bayi yang mengalami masalah ini. InsyaAllah.

09 November 2011

Pra-eklampsia / Pre-eclampsia

Bilakah bengkak itu petanda sesuatu yang serius?

Semasa hamil, bengkak di pergelangan kaki dan jari-jari kaki adalah normal dan sangat biasa. Ia dikenali sebagai edema yang menunjukkan bahawa anda mempunyai air yang berlebihan dalam badan. Namun begitu, bengkak di bahagian-bahagian lain di badan, terutamanya jika ianya berlaku dengan tiba-tiba, adalah sesuatu yang perlu dibawa kepada perhatian doktor anda.

Apa itu praeklampsia?

Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing.

Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyaki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.

Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
  • berumur 40 tahun atau lebih;
  • tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
  • mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
  • mengandung kembar or berganda;
  • mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
  • telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.

Bagimana saya boleh mencegahnya?

Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia.

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini.

Sekiranya saya mendapat praeklampsia, bagaimanakah rawatannya?

Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda.

Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh.

Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih.

Apakah petanda amaran bagi praeklampsia?

Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut:
  • muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba;
  • sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur;
  • sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda;
  • muntah.
Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu berkembang kelak.

Bolehkah praeklampsia menyebabkan komplikasi lain?

Kadangkala, tetapi jarang berlaku, ia boleh membawa komplikasi seperti sindrom HELLP, yang merupakan gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP bermaksud seperti berikut - haemolysis (H - pemecahan sel darah merah), enzim hati meningkat (EL - elevated liver enzymes) dan bilangan platelet yang rendah (LP - low platelet). Ia boleh berlaku sebelum praeklampsia dapat dikesan dan didiagnos. Simptom HELLP termasuklah sakit kepala, terasa loya dan sakit di bahagian atas abdomen.

Artikel ini aku ambil dari LAMAN WEB INI. Banyak tips2 lain yang berguna yang boleh dipelajari di sini.

29 October 2011

Selamat Hari Lahir Abang

Tahun ini genap umur anakku yang sulung 8 tahun. Terasa begitu pantas masa berlalu. Anak terunaku kini dah nak sama besar dengan mamanya. Tapi manjanya masih seperti dulu. Tiada sambutan istimewa yang aku buat untuk abang sama seperti kakak dan adik dulu. Cuma semalam bawa anak2 makan di Pizza Hut. Dan mungkin hadiah untuk abang dan kami sekeluarga apabila malam itu kami berjumpa dengan anak kecil yang mirip Allahyarham Muhammad Danish Syafeeq, anakku yang ketiga. Rindu sedikit terubat melihatkan wajah dan keletahnya. Apapun semoga anakku ini, Muhammad Danish Syameer menjadi insan yang berguna untuk agama dan keluarganya. Amin

22 September 2011

Doa Memohon Rahmat Allah

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

16 September 2011

Al-Quran

Tengah mencari2 benda lain tapi terjumpa pula benda lain. Sesuatu yang elok dikongsikan bersama2 di bulan yang penuh barakah ini. Boleh dijadikan rujukan serta panduan. Moga tuan punya web itu mendapat rahmat-Nya di atas usaha beliau. Klik sini ka al-quran dan terjemahan Dan ada 1 blog yang jual al-quran untuk kanak2 yang aku fikir menarik untuk dibeli oleh kita sebagai ibu bapa al-quran for kids. Dan ini ada satu lagi, al-quran digital yang kawan sekolah jual. Jengok2la kot berkenan.

14 September 2011

Doa Anak Taat Kepada Allah

Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah ayat 128


رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

09 September 2011

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Tengah belek2 mengenai info perkembangan bayi dalam kandungan terjumpa artikel yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Info dari mula pembentukan embrio sehinggalah akhir minggu saat bayi dilahirkan. Jom baca perkembangan janin jom.


Gambar ini pula aku AMBIL DARI SINI


08 September 2011

Berita Gembira

Setelah 7 bulan pemergian Afiq... akhirnya penantian aku dan suami serta anak2 bakal berakhir. Ujian kehamilan menunjukkan tanda positif. Ini bermaksud aku hamil sebulan. Semoga benih ini berkembang menjadi zuriat yang sempurna. Bukan sebagai pengganti Afiq tapi sebagai penawar di atas kehilangannya. Alhamdulillah.
"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam." Amin

Dan kalau tak ada aral yang melintang, aku dijangka bersalin pada 15 Mei 2012. Tapi kalau ikut pengalaman yang lepas2, aku biasanya bersalin sekurang2nya 10 hari awal dari tarikh jangkaan. Wallahualam. Mana2lah janji dua2 selamat. Insyaallah.

07 September 2011

Doa nak lembut hati

Doa nak lembut hati, surah Al-Anbiya,ayat 69


قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! "

atau Al-Hasyar ayat 22-24

هُوَ اللَّـهُ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَـٰنُ الرَّحِيمُ
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

هُوَ اللَّـهُ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّـهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

هُوَ اللَّـهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

06 September 2011

Doa anak pandai belajar

Dah hantar ke sekolah, pasti kita nak anak kita jadi  pelajar yang pintarkan? Kat sini jom baca doa bagi anak pandai belajar dari surah Al-Anbiya ayat 79. Semoga doa ini diperkenankan-Nya


فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا فَاعِلِينَ
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

05 September 2011

Doa anak rajin sekolah

Cuti raya dah habis... Mood nak sekolah anak2 sure tak berapa nak ok...  So kat sini ada doa untuk anak rajin sekolah yang dipetik dari surah Taha ayat 1-5. Semoga anak2 kita menjadi anak yang rajin dalam mencari ilmu

طه
Taa' Haa.

مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى
Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

الرَّحْمَـٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

02 September 2011

Selamat Hari Jadi Mama

Ha3 hari ini entri syok sendiri khas untuk aku. Hari ini ulangtahun kelahiran aku yang ke-33. Semoga hidup aku dan keluarga senantiasa dirahmati, diberkati dan diredha-Nya. Tahun ni aku sedih sebab 'hadiah' aku dah kurang satu. Tapi aku sebenarnya kena bersyukur sebab 'hadiah' itu nanti yang akan bantu aku dan suami di akhirat kelak. Insyaallah. Moga aku mendapat 'rezeki' dari-Nya sebagai hadiah bagi kehilangan dulu. Amin. Kawan2 tolong doakan yea... Tq

Keluarga kecilku tanggal 02 September 2011