31 July 2011

Selamat Berpuasa Semua

Esok umat Islam akan mula berpuasa. Sebagai mempraktikkan apa yang aku tulis semalam, aku nak cuba latih anak keduaku yang berusia 5 tahun untuk berpuasa. Dapat separuh hari pun okla sebagai permulaan. Insya'allah kena yakin yang dia boleh lakukan. Tapi boleh tak dia lalui tanpa aku untuk bagi sokongan. He3... Itulah kita sebagai ibu bapa, pasti ada kebimbangan. Mungkin kerana sayang kot ;p Chaiyok2 kakak pasti boleh sebagaimana abang dulu. Amin.

Ok semua... Selamat menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini bagi tahun 1432 H. Semoga amalan kita diterima. Amin

30 July 2011

Potensi Otak Anak2

Mengupas mengenai potensi otak kanak2 seperti kajian yang dilakukan oleh Dr Glenn Doman yang aku kongsi semalam (KLIK SINI), aku rasa kebenarannya adalah tepat sekali. Ini berdasarkan teori akula yang setakat SPM ni jer (he3 meminjam kata2 Awie dalam cerita Zombi Kampung Pisang). Cuba kita lihat diri kita sendiri sebenarnya, semuanya bermula dari kanak2 untuk kita belajar untuk hidup. Pendedahan di sekeliling pula mempengaruhi corak kehidupan kita. Kalau dimanja, maka manjalah kita. Tapi kalau diajar berdikari, maka jadilah kita seoarang yang berdikari. Jadi kesimpulannya, untuk anak2 kita didiklah dari awal mengenai apa2 ilmu yang bermanfaat agar mudah dipelajari dan difahami seperti solat, mengaji al-Quran dan berpuasa. Insya'allah moga mereka menjadi yang terbaik serta senantiasa mendapat rahmat serta redha-Nya.

Sekadar hiasan dan kenangan : Setiap kanak2 mempunyai potensi tersendiri.

29 July 2011

Dr Glenn Doman : Fakta Menarik Tentang Potensi Otak Kanak2

Fakta ini aku ambil dari buku Indahnya Hidup Bersyariat. Kemudian aku tanya pakcik 'google' pula. Jadi di bawah ini aku salin balik rumusan dari kajian Dr. Glenn Doman tentang potensi otak kanak2;
  1. Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik. Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
  2. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.
  3. Sekiranya rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca dan bercakap pada waktu yang sama. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kaedah dan suasana pembelajaran.
  4. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan berkurangan pada peringkat seterusnya.
  5. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
  6. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil.
  7. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawat jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan.
*Jika nak kenal siapa Dr Glenn Doman sila klik yea.

28 July 2011

Semangat Si Kecil

Antara koleksi puisiku... mmm lama sudah rasanya puisiku ini... dan lama sudah rasanya otakku tepu untuk berkarya ikut selerakulah... he3


27 July 2011

Anakku

Hari ini aku nak kongsi2 satu puisi yang sememangnya koleksi peribadi aku... ciptaan sendiri... sedap tak sedap aku punya suka k... ;p

26 July 2011

Doa Dan Amalan Ketika Demam Panas

Sekadar kenangan dan hiasan. Afiq demam ketika umur 4 bulan.
Doa dan amalan yang boleh diusahakan ketika dilanda Demam Panas. Amalan ini aku ambil dari buku Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azleen Ab. Hamid.

1. Baca surah al-Fatihah (1x)

2. Baca selawat ‘Tib’/ Selawat Penyembuhan Syifa (1x)

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُورِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Maksudnya;

Ya Allah ya tuhan kami, kami limpahkan rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadi penawar, menyihatkan badan (dari segala penyakit) yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pemandangan (mata) dan menyinarkannya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

3. Baca doa ini

 بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّاروَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ

Maksudnya;

Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan pelut yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan api

**Dibacakan atas segelas air dan diberi minum kepada pesakit dan boleh juga sebahagiannya dilapkan ke badan. Insya’allah.

25 July 2011

Amer Pula Demam

Ekoran menemankan adiknya mandi, si abang pula demam. Syukur demamnya tak sepanas Yaya. Dengan stok ubat yang aku beli dari farmasi, demam abang berkurangan. Tapi langkah berjaga2 aku tetap ambil bimbang suhunya meningkat macam Yaya. Ya! Allah lindungilah serta peliharalah anak2ku.

24 July 2011

Yaya Demam Panas

Malam tadi tiba2 suhu badan Yaya naik sangat tinggi. Masa aku ambil sukatan tu bacaan dia dah lebih 40°C. Tangan aku masa tu dah menggigil nak bagi makan ubat atau nak bagi ubat bontot. Tapi bila cek sukatan ubat kat peti sejuk cuma 125 berbanding ubat makan 250mg kandungan paracetamol. Sudahnya aku bagi ubat makan. Paksa dia mandi. Tapi suhu cuma turun 39.08 jer. Aku makin panik. Pengalaman dengan Allahyarham Afiq kembali mengganggu kotak fikiran aku. Jam dah pukul 10.00 malam. Abahnya pula out station. Aku memang buntu sangat. Hanya air mata sahaja yang menjadi teman akrabku ketika itu. Akhirnya aku buka kolam kat dalam bilk air di rumah. Pamkan angin dan masukkan air. Aku suruh Yaya mandi ditemankan si abang. Lega hati bila suhunya turun malam itu. Tapi panas semula menjelang subuh. Tapi kali ini dia sendiri nak mandi dan berendam dalam kolam. Amalam mandi dan berendam berterusan berjaya menyejukkan badan kakak. Alhamdulillah kakak kembali sihat semula. Tapi berganti dengan abangnya pula. Banyak berendam gamaknya. ;p

23 July 2011

Yaya Demam

Mata kakak Si Yaya dah tak bengkak dan merah lagi. Masalah Yaya sekarang ialah suhu badannya yang kejap sejuk kejap panas. Dan biasanya panas pada waktu malam. Tak pernah seumur hidupnya dia nak tidur berselimut, tapi bila malam pasti minta diselimutkan. Ya! Allah Kurniaankanlah anakku kesembuhan.

22 July 2011

Kakak Nak Sekolah

Aduh anak dara aku yang sorang ni. Asal siang jer bising mulut nak pergi sekolah. Asyik merengek suruh hantar ke sekolah. Penat nak layan permintaan dia nak ke sekolah. Kalau waktu siang2 memang aktif budak ni. Tak nampak tokoh orang sakit pun. Sabar yea kakak, minggu depan kalau ok kakak boleh pergi sekolah macam biasa k. Bosan agaknya dia diduk terperap di rumah. Tak ada kawan2. Ya! Allah percepatkanlah ksembuhan kepada anakku ini.

Gambar kakak masa mula2 nak masuk sekolah dulu.
Tadika Maria. Kindergarten Lily 2011

21 July 2011

Pasal Doktor Lagi

Mmmm... aku dah tak tau nak tulis apa. Tapi rasa kecewa pasal sang doktor bertamu kembali. Kes salah diagnosis penyakit anakkku berulang lagi. Tapi kali ini di klinik berbeza dan sudah tentunya doktor yang berbeza. Ya! Allah kenapalah doktor2 yang aku temui sejak kebelakangan ini semuanya macam dah tak hargai nyawa pesakit. Bagi mereka mungkin cuma duit agaknya.

Hari itu, 19 Julai 2011 aku bawa anak daraku, Yaya ke Klinik Penawar sebab mata sebelah kanannya bengkak dan merah. Tanpa menyentuh anakku, tanpa diambil suhu badan atau dilakukan pemeriksaan rutin yang lain anakku disahkan sakit mata. Dan kata doktor pasti satu keluarga akan terkena jangkitan nanti. Aduss power sungguh doktor ini dapat meramalkan masa depan. Lagi power sebab tak perlu langsung buat pemeriksaan kat anakku. Kata doktor dalam jarak macamni (anggaran 1 meter anak aku berdiri darinya) dia kata boleh terkena jangkitan. Oooo takut sakit mata rupanya doktor ni. Doktor! Kalau takut ambil risiko jangan jadi doktor k.

Ekoran itu aku terpaksala ambil EL selama 3 hari coz nak jaga kakak kat rumah. Takkan nak hantar kat rumah pengasuh lagi. Nanti berjangkit pula kat orang lain. Tup2 rupa2nya kakak demam pula. Dahla doktor tak bagi ubat demam. Nasib baikla ada stok ubat demam kat rumah, bolehla Yaya makan. Kalau tak makan ubat matala jawabnya anakku ini. Sah klinik ini juga akan aku senarai hitamkan dalam diari hidupku atau doktor itu sahaja barangkali. Entahla....

20 July 2011

Kisah Pembantu Rumah II

Kali ini aku nak sambung cerita pasal pembantu rumah yang pertama tu. Kita orang panggil dia Opi. Pernah suatu ketika di akhir2 perkhidmatannya, dia 'lari' dari rumahku. Yang kelakarnya aku tak sedarpun. Tengah malas2 baring di bilik pagi tu (maklumla tengah tunggu masa nak bersalin anak ke-3), tetiba ada satu panggilan masuk. Dari Balai Polis Semenyih katanya. Aku lupa plak nama pegawai yang call aku tu. Katanya pembantu rumah aku ada kat Balai Polis. 'Nak serah diri'. Tapi masa tu mati2 aku ingat ada kengkawan yang saja2 nak main2kan aku. Sambik dok cakap kat telefon aku turun bawah, tanya anak2ku mana Kak Opi, katanya kat belakang. Aku ingat jemur kain tapi rupanya dia keluar ikut pintu belakang. Aduhai masalah betul. So, polis tu suruh aku pergi balai bawa passport ngan permit dia.

Bila sampai balai, si Opi ni dah takde. Kata polis tu, dia suruh budak tu tunggu kat luar atau jalan2 gi makan dulu sementara aku ambil. Sebab dia orang tak boleh nak sumbat dia ke lokap coz tak buat apa2 kesalahan. Tapi aku agak sebab dia dera anak akula kot dia nak serah diri tu. Tapi masa tu aku tak tau. Punyala lama aku tunggu tak balik2 budak Opi ni. Begnya dia tinggal kat balai tu. Bukan ada apa pun, telekung ngan sebotol air masak bersama2 ngan nombor telefon aku dan suami. Last2 polis suruh aku balik dulu. Kesian agaknya tengok keadaan aku yang dah sarat tu. Sebenarnya masa tu dah ada tanda2 yang aku nak bersalin pun. Plak kena angkut semua anak2 skali. Polis kata klau dia balik balai nanti dia tepon aku.

Sampai ke petang takde khabar. Tup2 masa Maghrib dia muncul kat depan pintu pagar aku. Dan maaf katanya. Kesian pulakla aku tengok. Ntah mana2 la dia melencong. Soalan aku kat dia, adakah dia nak balik kampung, tapi katanya taknak. Konfius aku dibuatnya. Tapi malas aku nak fikir panjang. Masa dalam pantang nanti memang aku akan hantar dia bercuti pun. Dan esoknya aku bersalin. Sebulan lepas tu aku hantar dia balik Indonesia. Dan lepas tu dia tak balik lagi ke sini lagi walaupun aku dah beli tiket dan dah renew permit dia. Habis duit aku. Nasib baik aku ikut nasihat kawan jangan bagi semua gaji kat dia. Pegang sikit takut2 dia tak balik. Dapatla cover kerugian aku walau tak semua. Oklakan?

19 July 2011

Kisah Pembantu Rumah I

Cerita kali ini aku nak kongsi pengalaman aku yang pernah memiliki orang gaji. Sepanjang tempoh sehingga entri ini ditulis, aku pernah memiliki 2 orang gaji. Semuanya bekerja selama 2 tahun. Bagi entri ini aku hanya akan ceritakan tentang pembantu rumah yang pertama. Seorang perempuan berasal dari Jawa Tengah. Opi nama panggilandia.  Muda lagi masa bekerja dengan bbchearts iaitu sekitar 18 tahun. Tapi kalau ikut passport dah umur 30 tahun masa bekerja dengan aku. Seorang yang pada asasnya rajin melakukan semua kerja termasuk cuci kereta walaupun tidak diminta melakukan sedemikian rupa. Ada satu lagi yang dia rajin, dera anak aku. Hampeh betul patutla merah2 badan abang tapi katanya jatuh. Rupa2nya kena ugut jangan bagitau. Dah hantar balik negara asal baru anak lelakiku itu cakap. Adus nak marah pun dah tak guna. Nasib baik tak ada kecederaan serius. Yang peliknya si kakak tak pula jadi magsa. Jadi kesimpulan aku, dia ni masih ada perikemanusian pada bayi tapi hilang pertimbangan pada kanak2. Entahlah sebab bila aku ada rumah dia nampak rapat dengan anak2 aku. Siap gurau2 dan anak2 aku nampak selesa dengan dia. So, camna aku nak syak. Memang benarla kata orang, 'memiliki pembantu rumah itu satu perjudian'. Ikut nasib. Betul tak?

Cuma satu yang aku puji Si Opi ni, dia bukan jenis yang panjang tangan. Letakla apa2 barang berharga atau duit bersepah2, dia takkan ambil. Cuma sikapnya yang 'cepat tangan' ngan anak2 jer aku ralat. Tapi mungkin juga bukan salah dia. Tekanan hidup sendirian di perantauan mungkin penyebab tingkah laku yang sedemikian selain ditipu agen. Kalau korang nak tahu, dekat RM4000.00 duit gajinya telah disapu agen termasuk gaji dengan majikan lama. Kesian memang kesian, tapi merngapa pula anak aku yang terpaksa 'bayar' hutang tersebut.

18 July 2011

Anak Dan Dilema Penjagaan Mereka

Sudah menjadi satu fenomena biasa jika isteri bekerja sekarang. Selain faktor kerjaya, isteri juga berperanan membantu suami menambah pendapatan keluarga. Kesan dari itu, pasti pasangan yang bekerjaya ini pening untuk memikirkan tempat yang selamat untuk menghantar anak2 mereka. Dilema ini pasti dirasakan oleh semua ibu bapa rasanya (eh ada ker yang tak ambil kisah?). Di sini ada beberapa kebiasaan yang dilakukan oleh kita sebagai ibu bapa untuk mencari 'penjaga sementara' atau tetap untuk anak2 mereka iaitu
  1. Hantar ke pusat jagaan kanak2 berdaftar.
  2. Hantar ke pusat jagaan tidak berdaftar (luarannya nampak seperti berdaftar jer sebab ramai bebudak).
  3. Hantar pada jiran2 dekat kawasan perumahan.
  4. Hantar ke kampung untuk dipelihara oleh orang tua sendiri.
  5. Hantar ke rumah sedara-mara yang tinggal berdekatan.
  6. Ambil orang gaji untuk menjaga anak2 di rumah.
Mana2 yang dipilih sekalipun pasti ada pro dan kontranya. Ok berdasarkan 6 pilihan di atas bbchearts cuba paparkan pro dan kontra kepada pilihan2 tersebut berdasarkan pemahaman sendiri.
  1. Anak2 dijaga dan diajar dengan  sempurna tapi caj yang dikenakan agak tinggi.
  2. Anak2 juga turut dijaga tapi mungkin ala kadar sebab kosnya yang sedikit murah (ada juga yang tinggi) selain tiada pemantauan dari pihak berwajib.
  3. Anak2 mungkin dijaga dengan baik atau mungkin juga sebaliknya (kena pilih yang betul2 kerana ada yang sememangnya tak suka atau tidak pandai menjaga budak dan dijaga ala kadar sahaja.
  4. Anak2 dijaga dengan sempurna seperti mana mereka menjaga kita dahulu. Tapi kita hanya membebankan orang tua serta mengurangkan kasih sayang anak2.
  5. Anak2 mungkin dijaga dengan baik atau mungkin juga sebaliknya (yelakan bukan anak sendiri).
  6. Anak2 lebih selesa berada di rumah sendiri tetapi tidak terjamin keselamatan mereka kerana tiada pengawasan kecuali jika ibu bapa kita tinggal sebumbung.
Walau apapun pilihan kita sebenarnya menrupakan satu perjudian. Risiko bukan dijaga sendiri oleh kita tetap tinggi. Walau bagaimanapun doa dan tawakal itu yang paling penting untuk melindungui anak2 kita dari perkara2 yang tidak diingini.

17 July 2011

Berkhitan

Dalam istilah Bahasa Melayu ia digelar bersunat atau berkhatan. Khitan itu sendiri membawa maksud 'potong'. Justeru, maksud berkhitan dari sudut agama ialah memotong kulit yang menutupi kepala zakar bagi lelaki dan memotong sedikit mungkin hujung kelentit bagi perempuan. Hikmah dari berkhitan ini membawa kepada kesempurnaan beragama. Ini kerana berkhitan itu sendiri membezakan antara orang Islam dan bukan Islam sungguhpun pada zaman ini sudah ramai yang bukan Islam telah melakukannya. Berkhitan juga dapat menjaga kesihatan serta memelihara syahwat manusia itu sendiri. Dan seelok2nya anak2 ini dikhatankan sebelum mereka mencapai umur baligh agar sempurna ibadat mereka kelak.

16 July 2011

Cukur Rambut

Dalam masyarakat tempatan istilah cukur rambut ini lebih dikenali dengan cukur jambul. Dan biasanya ia dilaksanakan selepas si ibu habis berpantang. Namun begitu, islam menganjurkan agar cukur rambut ini dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bersamaan dengan acara aqiqah. Dan pada hari itu jugalah, bayi tersebut dinamakan. Kepala bayi yang dicukur pula disapukan dengan Za'faran. Rambut2 bayi yang dicukur pula kemudiannya dikumpul dan ditimbang. Berat timbangan rambut pula diterjemahkan sebagai emas atau perak yang sama beratnya untuk disedekahkan. Hikmah dari bercukur ini dikatakan dapat meningkatkan tahap kesihatan bayi tersebut selain dapat menajamkan panca inderanya yang lain.

Kenapalah aku terlepas dari melakukan cukur rambut ini kepada anak2ku. Ini kes taknak ambil tahu selain takut rambut lambat tumbuh balikla ni. He3. Moga mereka juga dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

15 July 2011

Aqiqah

Aqiqah merupakan satu amalan yang dikategorikan sebagai sunat mu'akkad. Sembelihan aqiqah disyari’atkan untuk menzahirkan kegembiraan terhadap kelahiran anak. Sebaik2 aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi atau sebelum bayi tersebut mencapai usia baligh. Daging aqiqah disunatkan disedekahkan dalam keaadaan dimasak. Dan seelok2 masakan adalah yang manis agar anak itu baik akhlaknya. Rasulullah s.a.w menganjurkan agar anak lelalki diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing berbanding hanya seekor bagi perempuan.
Aqiqah ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. iaitu

الغلام مرتهن بعقيقته: فأهريقوا عنه الدم، وأميطوا عنه الأذى

“Anak kecil itu dipertaruhkan dengan aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya (yakni lakukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah kotoran darinya”.
(Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.)

Kotoran yang diistilahkan dalam hadis ini ialah rambut bayi tersebut yang disunatkan dicukur ketika aqiqah dilaksanakan. Justeru, aqiqah paling afdal dilakukan ketika bayi berusia 7 hari dan diberikan nama. Rambut bayi yang dicukur itu disunatkan ditimbang dan diberi sedekah emas atau perak berdasarkan beratnya.

14 July 2011

Nama Bayi Yang Gugur/ Mati

Setiap bayi dalam kandungan ibunya pasti diharapkan lahir dengan sempurna dan hidup bersama kedua orang tuanya. Namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menduga. Justeru, ada bayi yang ditakdirkan mati ketika lahir dan ada juga yang gugur sebelum tiba waktunya. Oleh itu, menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah adalah sunat hukumnya memberikan nama kepada anak damit (bayi) yang meninggal sebelum sempat diberikan nama dan sunat juga memberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur tetapi telah ditiupkan roh kepadanya.

Jika jantina as-siqth itu tidak dapat ditentukan sama ada lelaki atau perempuan, maka namakanlah dia dengan nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan, seperti Hindun " هند ", Hunaidah " ,"هنيدة Kharijah " خارجة ", Thalhah " طلحة ", ‘Umairah " عميرة ", Zur‘ah " زرعة " dan yang seumpamanya. Semoga mereka ini menjadi anak yang akan membantu kedua ibu bapanya di akhirat kelak dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

13 July 2011

Doa Ketika Memberikan Nama Anak

Di sini aku nak kongsikan satu doa ketika memberikan nama kepada anak kita. Moga mereka menjadi seperti apa yang kita inginkan.

" Ya Allah, jadikanlah nama ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang Engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmu-Mu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-Nabi-Mu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahan-Mu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani."

12 July 2011

Panduan Menamakan Anak

Nama yang indah dan unik sememangnya menjadi 'trend' ibu bapa zaman sekarang untuk menamakan bayi mereka. Islam sememangnya tidak pernah melarang umatnya memberikan nama yang mereka gemarinya. Namun begitu, terdapat beberapa panduan yang boleh dirujuk untuk memberikan nama kepada setiap bayi yang lahir di bumi Allah ini. Justeru, Islam sunatkan umatnya memberikan nama yang elok kepada anak2 mereka  serta menjauhi menamakan mereka dengan nama yang dilarang seperti
  1. nama2 yang buruk dan boleh menjatuhkan maruah
  2. nama2 yang khusus kepada Allah S.W.T
  3. nama2 yang tidak membawa berfaedah
  4. nama2 dengan sebutan Abd (hamba) selain Allah
Antara nama2 yang digalakkan dalam Islam ialah
  1. nama2 nabi
  2. nama2 yang diambil dari Asma'ul Husna
  3. nama2 para sahabat sahabat nabi, ahli ibadah, pemimpin yang adil, pahlawan terbilang, pemikir agung, al-hafiz dan perawi hadis yang ulung.
Islam menganjurkan agar nama anak diberikan pada hari ketujuh kelahiran mereka serta dilakukan bersama dengan ibadah aqiqah dan cukur rambut.

11 July 2011

Nama Adalah Doa

Manusia dikenali kerana namanya. Dan nama pula merupakan satu doa. Nama yang baik akan mempengaruhi peribadi dan akhlak manusia tersebut. Justeru, tuntutan memberikan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik adalah amat digalakkan dalam Islam seperti disabdakan Rsulullah s.a.w.


إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama2 kamu dan nama2 bapa kamu, maka indahkan nama kamu itu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)


إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman”. (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)


تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”.
(Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

Oleh itu elakkan dari memberikan anak dengan nama2 yang mempunyai makna yang teruk, atau nama yang tidak membawa makna apa2. Elakkan juga memberikan gelaran yang bukan2 terhadap anak sendiri atau anak orang lain. Semoga kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang lain. Amin.

10 July 2011

Azan Dan Iqamat

Walaupun zaman beredar, masih ramai di kalangan ibu bapa Islam yang menyambut kelahiran bayi mereka dengan azan dan iqamat walaupun ia sekadar disunatkan. Alhamdulillah. Amalan ini dimulakan dengan mengazankan ke telinga kanan bayi yang baru lahir dan kemudian diiqamatkan pula pada kiri telinga mereka . Kedua2 ini dibacakan dengan laungan yang sederhana dan dihadapkan ke arah kiblat. Hikmah melakukan kedua perkara ini adalah supaya perkara pertama yang didengari oleh bayi tersebut ialah kebesaran Allah Taala serta kalimah tauhid dan syahadah. Azan dan iqamat juga berperanan mendahului bisikan syaitan selain dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).

Ini gambar Afiq selepas dilahirkan. Sekadar hiasan.
Psss : Bayi seelok2nya diazankan sebaik sahaja dilahirkan. Jika tiada suami ketika itu, mintalah kepada sesiapa yang berdekatan untuk mengazan serta mengiqamatkannya. Dah ada suami lepas itu, suruhlah diazankannya bayi ktu sekali lagi. Tak salahpun jika dilakukan berulang kali. Mmmm terfikir pula nak cadangkan kat mana2 hospital atau klinik yang tak mengamalkan konsep 'Rakan Bersalin' tu menyediakan kakitangan lelaki yang pandai melaungkan azan dan iqamat supaya dapat menyumbangkan kemerduan suara mereka kepada bayi2 yang 'terkandas' lama2 kat dalam bilik bersalin ;p

09 July 2011

Tahnik

Hari ini aku nak cerita lain sikit dari tajuk2 sebelum ini. Aku rasa ramai di kalangan orang Islam sekarang tidak tahu apa itu tahnik. Aku juga kurang arif atau lebih tepatnya jahil tentang amalan sunat ini. Justeru, aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku baru perolehi. Moga kita semua mendapat syafaat darinya. Tahnik atau 'membuka mulut bayi yang baru lahir' dengan buah tamar yang dikunyah seelok2nya oleh alim ulama. Isi tamar itu kemudian dimasukkan ke kiri dan dalam mulut bayi tadi dengan jari telunjuk sehingga menyentuh keseluruhan mulut. Hikmah dari amaln ini dikatakan mampu untuk menguatkan saraf mulut bayi bagi mempersiapkan mereka untuk menyusu dengan sempurna. Selain kurma, manisan lain seperti madu dan gula juga boleh digunakan.

08 July 2011

Aku Dan Afiq

Hari ini aku agak tepu. Tak tahu isu apa yang hendak ditulis. Dan kebetulannya ialah hari ini hari Jumaat. Hari Afiq dijemput Ilahi ke alam sana. Sedar tak sedar sudah 153 hari Afiq pergi. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kenangan suka duka aku dan keluarga. Namun begitu, memori bersama Afiq masih segar diingatan. Ya! Allah izinkan aku terus mengingati zuriatku ini. Al-Fatihah

Antara kenangan aku dan Afiq yang terakam.

07 July 2011

Khasiat Dan Kebaikan Susu Ibu

Dalam zaman serba moden ini, aku percaya sudah ramai di antara kita yang mengetahui kebaikan susu ibu. Cuma masih ramai lagi yang seakan menafikan perkara ini. Walau ramai sudah tahu aku nak kongsikan juga kebaikan susu ibu seperti yang aku faham. Mana tahu kot2 ada yang terus nak bagi susu ibu lepas baca blog aku ni. He3. Ok antara kebaikan yang aku tahu
  1. Susu ibu mengandungi kolostrum iaitu antibodi yang lengkap bagi bayi untuk memulakan kehidupannya di dunia ini.
  2. Susu ibu merupakan susu asli tanpa campuran bahan kimia berbahaya atau tercemar. Masih ingat kes susu formula yang dicampur dengan melamin? Mengapa ambil risiko yang kita boleh elak?
  3. Susu ibu dapat mengeratkan hubungan antara bayi dan kita. Sambil menyusu boleh belai2, belek2 bayi anda. Bayi pula boleh main2 mata dengan ibunya. Seronok dapat melakukan komunikasi 2 hala sama ada secara langsung atau tidak.
  4. Susu ibu mudah dihadam berbanding susu formula. Kandungan nutrisinya sesuai mengikut pertambahan usia bayi anda. Tak perlu bimbang masalah bayi sembelit atau kesan sampingan lain.
  5. Bayi yang minum susu ibu tidak mengalami masalah obesiti. Minumla banyak mana pun badan dia orang akan membesar ikut kesesuaian.
  6. Bayi yang minum susu ibu juga akan mengurangkan penggunaan lampin kerana kuantiti air serta bahan buangan lain yang tidak banyak seperti bayi dengan susu formula. Jadi ibu dapat jimat 2x ganda : Susu dan lampin. Lagi jimat kalau guna lampin pakai buang.
  7. Biasanya bayi yang minum susu ibu jarang mengalami kembung perut kecuali jika ibu salah makan. Walau bagaimanapun ibu bebas memakan makanan yang mereka suka kerana ia tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Cuma kalau boleh biarlah yang elok2.
  8. Ibu juga dapat mengekalkan kelansingan tubuh badan dengan menyusu kerana hormon yang dihasilkan dapat membantu mengembalikan bentuk badan asal selain membantu mengecutkan rahim dengan cepat.
  9. Penyusuan penuh juga dapat menjarakkan kehamilan kerana akan menghalang proses pengovulan. Satu cara yang mudah, jimat dan tidak memudaratkan kesihatan untuk merancang kehamilan.
  10. Proses menyusukan bayi anda juga mudah. Tanpa perlu botol susu yang entah selamat atau tidak digunakan. Sedia diminum di mana dan bila2 masa sahaja. Tidak perlu mendengar bayi anda melalak2 nak tunggu susu siap dibancuh. Lapar jer terus sumbat puting yang original. Jadi tidak perlu berjaga malam nak bancuh susu.
  11. Menyusu juga dikatakan dapat mengurangkan risiko barah buah dada kepada para ibu. Hisapan bayi serta hormon yang dihasilkan sewaktu proses ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko terkena barah yang amat ditakuti para wanita ini.
  12. Sememangnya dapat menjimatkan perbelanjaan tanpa perlu mengeluarkan duit membeli stok susu formula yang mahal, pelbagai pilihan dan jenama dan yang tak pasti kandungan sebenarnya.
  13. Yang paling bbchearts suka, menyusu juga membolehkan aku rehat bersama si comelku selagi dia masih 'melekat' terutamanya waktu raya ke kenduri ke...boleh ngelat menolong orang buat kerja. He3 (jangan diikut perangai bbchearts ni k).
Ingat ye pilih yang original. Bayi sihat, wang jimat. ;p

06 July 2011

Susu Ibu Dan Isu

Kadang2 aku sendiri tidak mengerti mengapa ada antara ibu yang tidak ingin memberi mereka susu ibu. Walhal susu ibu sememangnya mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisi yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika tidak ingin memberinya untuk tempoh 2 tahun, sekurang2nya berilah untuk tempoh 6 bulan yang pertama. Itukan hak anak2. Tak kesian ke kita pada anak2 yang terpaksa minum susu lembu atau susu soya yang tak tahu kandungan nutrisinya. Memangla ada tercatat di bungkusan susu tersebut, tapi sejauh mana kebenarannya. Setiap jenama susu mendakwa mereka terbaik. Hakikatnya?

Ada orang kata faktor takut aset ‘wanita’ akan hilang serinya kalau diberikan susu badan. Tidakkah kita sedar bahawa ‘aset’ itu sebenarnya dianugerahkan Allah sebahagiannya adalah untuk menjalankan amalan ini. Pendapat bbchearts, ‘aset’ ini sebenar hanya milik suami dan anak2. Oleh itu, ‘susuilah’ mereka. Dan harapan bbchearts pula agar si suami menggalakkan isteri mereka menyusukan sendiri bayi mereka serta tidak mempertikaikan jika ‘aset’ itu mungkin tidak cantik lagi. Usah dibandingkan ‘aset’ isteri sendiri dengan isteri orang.

Isu biasa yang bagi ibu2 yang tidak menyusukan bayi mereka ialah, puting mereka tenggelam. Buah dada mereka kecil. Penat sebab anak menyusu lama. Tapi tahniah juga pada mereka kerana pernah mencuba. Sekurang2nya mereka berusaha menyusukan bayi mereka. Sebenarnya bagi berdasarkan pengalaman bbchearts, niat, disiplin, usaha dan kerjasama dari orang sekeliling memainkan peranan penting bagi menjayakan penyusuan ibu ini.

Satu lagi bbchearts nak komen, tapi maaf yea komentar ini bukan untuk semua tapi sebahagiannya sahaja. Ada para doktor dan jururawat menjalankan kempen penyusuan ibu di hospital. Adakah mereka benar2 juga mempraktikkannya untuk diri sendiri. Atau sekadar menjalankan ‘SOP' jabatan. Ini kerana bagi bbchearts contoh terbaik adalah dari kelompok ini yang bukan sahaja hanya pandai cakap tapi perlu juga pandai melaksanakannya. Barulah kempen ini boleh berjaya. Betul tak?

05 July 2011

Aku Dan Susu Ibu

Alhamdulillah ketiga2 anakku dapat menikmati susu ibu sehingga berusia sekurang2nya 2 tahun. Rezeki Allah, aku dikurniakan dengan susu yang banyak tanpa perlu mengamalkan pemakanan atau ubatan tertentu. Bagi aku faktor 'niat' mungkin memainkan peranan penting untuk menghasilkan 'produk susu' jenama sendiri. Ini kerana aku memang berazam hendak menyusukan sendiri anakku sejak dari anak pertama lagi. Jadi perkara pertama yang aku  lakukan ketika hamil ialah membeli 'pump' susu jenama PIGEON. Murah dan praktikal. Maklumla masa anak pertama gaji aku tidak mampu membeli 'pump' yang mahal. Alhamdulillah, walaupun murah aku masih boleh menyediakan stok yang mengcukupi sehingga usia anakku setahun. Lepas itu agak malas untuk mengepamnya di pejabat. Tetapi masih meneruskan penyusuan sepenuhnya bila di rumah. Sepanjang dari umur setahun ke atas ketika di pejabat anakku tetap minum susu 'lembu' ;p

Inilah rupa pam susu pertama yang aku miliki. Barand ini ok bagi aku cuma tiub pam agak sukar dicuci.
Kredit pada http://connect.in.com/pigeon-breast/photos-pigeon-breast-pump-ee2379bc2892bb64.html sebab aku ambil gambar dari sini.
Semangat menyusukan anak dengan susu sendiri aku  teruskan untuk anak kedua. Kali ini dengan sedikit lebihan kewangan, aku membeli 'pump' susu yang aku idamkan dulu, AVENT. Berbaloi aku rasakan beli jenama ini kerana masih boleh digunakan sehingga kini. Memang agak 'terasa' apabila mengeluarkan duit masa mula2 membelinya dahulu. Tapi kata orang alah membeli menang memakai, pam susu ini masih elok sehingga kini. Kalau ada bahagian yang rosak atau hilangpun masih boleh mencari alat gantinya. Si kakak juga aku susukan dengan susu sendiri tanpa campur sehingga usianya setahun sebulan. Selebihnya aku sedikit malas untuk memerahnya di pejabat.


Inilah rupa set pam brand philip avent yang akhirnya berjaya aku miliki pada tahun 2006.
Kredit pada http://www.breastfeeding-magazine.com/avent-isis-breast-pump-on-the-go-set-visitor-breast-pump-review.html sebab aku pinjam gambar ini. Nak tangkap sendiri malasla pula.
Namun begitu, semangat memberikan susu ibu masih kuat untuk anak ketiga. Kali ini lebih semangat kerana aku berjaya membeli mini peti sejuk khas untuk menyimpan stok susu yang diperah. Alhamdulillah penuhla peti sejuk tersebut sehingga terpaksa juga menumpang peti sejuk yang sedia ada di dapur. Afiq yakni puteraku yang ketiga ini sepenuhnya menyusu badan. Ada juga usahaku membeli susu formula takut2 stok yang ada tidak mencukupi. Tapi nampaknya Afiq tidak berminat langsung dengan susu tepung tersebut. Akibatnya susu masuk ke tong sampah kerana dah tak elok. Afiq menyusu badan sehingga berusia 2 tahun (pendek kata sehingga hembusan nafasnya yang terakhir). Dan stok susu yang diperah masih bersisa empat botol di dalam peti sejukku. Entah sampai bila akan kusimpan susu tersebut.

04 July 2011

Surah2 Pilihan

Amalan membaca al-Quran terutamanya surah2 tertentu Insya'allah akan membantu menenangkan emosi ibu mengandung. Selain ibadah, amalan membaca ayat2 al-Quran juga boleh membantu memudahkan proses bersalin selain mendapat zuriat yang sihat dan sempurna serta mendidik roh yang kita kandungkan menjadi anak yang soleh/solehan yang patuh kepada Allah serta rasul-Nya.

Antara surah yang elok diamalkan sewaktu hamil adalah

  1. surah Al-Fatihah
  2. surah Yaasin,
  3. surah At-Taubah
  4. surah Yusuf
  5. surah Maryam
  6. surah Luqman,
  7. surah An-Nahl (ayat 78)
  8. surah Al-A'raf (ayat 189)
Pada zaman yang serba moden ini, dengan kecanggihan gajet untuk mendengar serta membaca al-Quran boleh dilakukan di mana sahaja. Pokok pangkalnya adalah antara mahu atau tidak. Tepuk dada tanya iman. Dan amalan ini tidak hanya dilakukan oleh si isteri, malah lebih molek jika dilakukan oleh si suami juga.

Boleh rujuk AL-QURAN untuk ayat dan terjemahannya.

03 July 2011

Tentukan Jantina Anak II

Memiliki zuriat seperti yang diinginkan memanglah satu bonus besar bagi pasangan suami isteri. Apatah lagi jika selama ini hanya satu jenis jantina anak sahaja yang diperoleh. Atau ada juga yang inginkan jantina tertentu sahaja untuk anak pertama. Selain faktor rezeki, ada beberapa cara boleh dilakukan bagi memperoleh zuriat seperti yang dihajati.

Cara mengikut Carta Kuno pernah bbchearts cadangkan pada ENTRI XV ini. Boleh rujuk semula untuk melihat jadual seperti yang disyorkan Manakala usaha lain yang boleh dicuba adalah kaedah moden iaitu Pre-implantation Genetic Diagnosi (PGD), kesuburan IUI, IVF ICSI. Namun begitu kaedah2 ini adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam.

Oleh itu, ada beberapa faktor semulajadi yang boleh digunakan jika ingin menentukan jantina anak seperti
  1. Melalui doa serta amalan surah2 tertentu. Jika inginkan anak lelaki, perbanyakkan bacaan sural Yusuf dan untuk anak perempuan pula surah Maryam.
  2. Melalui pemakanan. Jika inginkan anak lelaki, si suami perlulah menggambil makanan berasid dan si isteri memperbanyakkan makanan beralkali. Begitu jugalah sebaliknya. Jika inginkan anak perempuan suami ambil lebih alkali dan isteri pula makanan berasid.
  3. Mengira kesuburan. Bagi memperolehi anak lelaki, seks perlulah dilakukan selepas haid dan untuk anak perempuan pula diadakan sebelum itu. Ini kerana tahap kesuburan isteri dianggarkan pada seminggu sebelum dan selepas haid. Oleh itu ketahui waktu subur anda.
  4. Menghantar Gen X dan Y. Bagi memperoleh anak lelaki, elakkan zakar menusuk terlalu dalam kerana anak lelaki yang membawa Gen X lebih kuat berbanding Gen Y (anak perempuan). Jika dimasukkan terlalu dalam, bimbang Gen Y akan dulu sampai ke destinasi.
  5. Posisi sewaktu 'bersama'. Bagi memperoleh anak lelaki, kedudukan suami di atas isteri mungkin membantu. Jika berkeinginan sebaliknya, lakukan perkara yang sebaliknya pula.
Ada juga mencadangkan jika inginkan anak lelaki, si isteri perlulah mencuci farajnya terlebih dahulu dengan semangkuk air yang telah dicampurkan sesudu soda. Jika mahukan anak perempuan pula, cuci dengan semangkuk air yang dicampur sesudu cuka. Cara ini dikataka akan 'menyekat' sperma dari Gen X atau Y dari menembusi telur isteri. Walau bagaimanapun, bbchearts tidak mengesyorkan cara ini yang dirasakan bukannya bersifat semulajadi.

Walau apa pun cara yang kita usahakan, perlu kembali semula kepada ketentuan Ilahi. Jika Dia mengkehendakkan zuriat kita berbeza seperti yang kita inginkan, ingatlah pasti ada hikmah tersembunyi. Kita sebagai manusia seharusnyalah bersyukur kerana ada insan lain yang tidak berpeluang merasakan pengalaman menjadi ibu bapa. Terimalah sahaja walau apa pun jantina anak yang dikurniakan-Nya. Moga anak2 itu tetap berbakti pada agama, rasul dan ibu bapanya.

02 July 2011

Tarikh Lahir Anak

Bagaimana nak tahu tarikh kelahiran anak? Apa susah pergi jer kat klinik. He3. Takdelah tu moden sangat. Kadang2 bukannya tepat pun. Jadi di sini aku nak kongsi satu jadual cara megetahui tarikh kelahiran anak berdasarkan haid terakhir ibu. Carta ini juga tak berapa tepat sangat.

Kalau berdasarkan jadual di atas, jika tarikh 'datang bulan' si ibu pada 06 April, maka tarikh anak dijangka lahir adalah pada 11 Januari.
Walau bagaimanapun, ada beberapa faktor yang akan mempercepatkan kelahiran bayi seperti air ketuban pecah awal, pendarahan atau darah tinggi pada ibu . Tambahan pula dengan teknologi moden ini, anak boleh 'dikeluarkan' mengikut tarikh kesukaan ibu bapa mereka jika dirasakan doktor telah cukup syaratnya. Namun bagi bbchearts, yang semulajadi itu adalah yang terbaik. Betul tak?

01 July 2011

Tentukan Jantina Anak I

Entri kali ini aku nak kongsi carta kuno yang aku pernah baca kat suratkhabar satu ketika dulu. Cuma aku buat lawa2 balik supaya orang boleh baca. Maklumla dah lama.

Aku rasa setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mahukan zuriat. Ada yang ingin anak pertama mereka lelaki. Ada juga yang mahukan perempuan. Tapi ramai yang tidak kisah jika dapat anak lelaki mahupun perempuan. Kalau kembar sepasang lagi bahagia rasanya. Agaknyala.

Oleh itu kat sini aku nak kongsi satu carta kuno dari Peking, China yang berusia lebih 700 tahun yang dikatakan 99% tepat. Carta ini bagi si ibu merancang kelahiran anak mengikut umur mereka serta bulan kelahiran anak mereka.

Kalau merancang untuk memperoleh anak ketika berusia 25 tahun dan inginkan anak perempuan, maka bayi anda perlulah dilahirkan pada bulan Januari, April, Mei dan Julai. Jadi bila nak mula tu, sendiri mau ingatla ;p 

Tapi perlulan diingatkan dekat sini bahawa carta ini hanya sebagai panduan sahaja. Hak sebenar adalah pada Dia Yang Esa. Berdoalah pada-Nya zuriat apa yang diinginkan. Insyaallah moga diperkenankan.

Jadi kepada sesiapa yang berkenaan "SELAMAT BERUSAHA".