CERITA CD

PENGENALAN CLOTH DIAPERS (CD)


Apa itu cloth diapers (CD)? Dalam bahasa mudahnya, cloth diapers (CD) adalah lampin kain moden yang telah dinaiktaraf. Fungsi CD adalah seakan-akan lampin pakai buang tetapi boleh diabasuh dan dipakai semula seperti lampin kain konvensional. Selain menjimatkan wang, penggunaan CD juga menyokong kempen hijaukan bumi.


BIODATA CD

CD adalah lampin kain/cloth diapers yang mempunyai poket untuk memasukkan inserter/soaker. Namun terdapat inserter/soaker yang telah dijahit bersama CD terbabit menjadikannya mirip lampin pakai buang. Lapisan poket CD ini diperbuat dari fleece iaitu sejenis fabrik yang tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri-biri yang akan membuatkan bayi selesa dan kering sentiasa. Inserter/soaker ini pula terdiri daripada fabrik mikrofiber yang bertindak sebagai penyerap kebasahan. Biasanya mikrofiber ini diperbuat daripada tuala yang tebal dan ia selamat digunakan. PUL (polyurethane laminate) pula membantu mengelak kebasahan dari dalam CD menembusi keluar dan ini menjadikan si manja anda tetap kering sepanjang masa. Opsss yang paling penting ialah CD ini doleh dilaras dari saiz S, M dan L atau sehingga anak anda berumur 3 tahun atau sehingga beratnya 13 ke 15 kg (sehingga 18 kg bagi sesetengah jenama CD).


KELEBIHAN CD

CD jika betul penjagaannya, boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang kerana ia boleh diguna semula. Jadi CD ini boleh diwariskan kepada adik-beradik lain. Selain menjimatkan, CD juga membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar berbanding lampin pakai buang/ disposable diapers(DD). DD ini makan masa beratus tahun untuk lupus. Mmm… agak-agaknya ada ruang lagi ker untuk kita tinggal di bumi ni nanti. CD juga tidak mengandungi bahan kimia seperti yang terkandung dalam DD yang berbahaya kepada bayi anda. Tahukan anda bahawa DD mengandungi DIOXIN yang boleh menyebabkan kanser selain menyebabkan masalah kesuburan terutamanya bagi bayi lelaki. Insyaallah bayi anda juga bebas dari masalah ruam lampin dan asma yang dikatakan berpunca dari penggunaan DD. Selain itu, semestinya bayi anda juga kelihatan comel bila dipakaikan dengan CD yang mempunyai pelbagai corak dan warna.


PERBANDINGAN KOS CD DAN DD

Jom kira bersama ok!

i. Jika guna CD;
Sehelai RM 35.00 (bergantung pada CD pilihan anda)
Beli stok CD 20 helai untuk 3 tahun
Kos CD : 20 x RM 35.00 = RM 700.00


ii. Jika guna *DD
Sehari guna 6 keping DD. Sekeping DD RM 0.60. Digunakan 30 hari selama 12 bulan sehingga umur anak anda 3 tahun
Kos DD : Sehari 6 helai x RM0.60 x 30 hari x 12 bulan x 3 tahun = 3,888.00

RM 3,888.00 (Kos DD) – RM 700.00 (Kos CD) = Jimat RM 3,188.00

*Anggaran harga untuk saiz M *DD. Harga mungkin berbeza bergantung saiz dan jenama DD yang digunakan. Anggaran ini juga mungkin berbeza mengikut keperluan bayi, diet serta kekerapan bayi membuang air.

**Anda jimat sebanyak RM3,188.00 dan masih jimat jika CD yang sama digunakan untuk anak yang seterusnya. Penjimatan berganda jika ada si kembar atau kakak dan abang yang masih memakai lampin.

* DD = disposable diapers


CARA MENGGUNAKAN CD

Semudah ABC. Masukkan inserter/soaker ke dalam poket (untuk CD berpoket). Laraskan butang mengikut saiz yang sesuai dengan bayi anda dan pakaikan pada bayi anda sama seperti memakai lampin pakai buang. Senangkan?




JADUAL PENGGUNAAN CD

Anggaran penggunaan selama 3@4jam sekali waktu siang dan 6 jam pada waktu malam. Walau bagaimanapun, anggaran ini mungkin berbeza mengikut keperluan bayi, kesihatan, diet serta kekerapan bayi membuang air.

6-9pg : 1CD dengan 1 insert/soaker
9.00 pg-12.00 tgh : 1CD dengan 1 insert/soaker
12.00 tgh-3.00 ptg : 1CD dengan 1 insert/soaker
3.00 -6.00 ptg : 1CD dengan 1 insert/soaker
6.00 ptg-9.00 mlm : 1CD dengan 1 insert/soaker
9.00-12.00 mlm : 1CD dengan 1 insert/soaker
12.00 mlm-6.00 pg : 1CD dengan 2 insert/soaker

Penggunaan ideal CD bagi sehari adalah antara 5-6 keping. Oleh sebab itu, disyorkan memiliki sekurang-kurangnya10 helai CD atau seelok-eloknya 20 helai CD. Mestilahkan…mana nak basuh…nak dijemur…hujan lagi…sekadar cadangan ;p


CARA BASUH CD

Caranya sama seperti kita mencuci baju sama ada melalui cucian tangan atau mesin basuh. Cuma elakkan penggunaan pencuci yang mengandungi bahan peluntur, pelembut dan enzim kerana ia akan cepat merosakkan CD selain menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Jika menggunakan mesin basuh, masukkan CD ke dalam laundry net bagi memanjangkan jangka hayat CD tersebut. Selepas dijemur, biarkan CD sejuk dahulu sebelum masukkan insert/soaker untuk elakkan elastik CD daripada terputus. Bagi penggunaan CD buat pertama kali, sila basuh CD sekurang-kurangnya 2-3 kali agar daya serapan bertambah baik.


CD DI TEMPAT ASUHAN

Bagi para ibu yang hantar anak ke pusat asuhan, usah risau. Menggunakan CD adalah sama penggunaannya dengan lampin pakai buang/disposable dapers (DD). Semasa menghantar anak, pastikan stok CD yang dihantar telahpun diisi dengan inserter/soaker bagi memudahkan pengasuh memakaikannya kepada anak kita. Bezanya cuma, mohon pengasuh meletakkan CD yang telah diguna di dalam satu beg khas. Justeru, semasa mengambil bayi anda, jangan lupa ambil sekali bungkusan tadi untuk dibasuh yea.