30 June 2011

Insurans

Aku pun sebenarnya tidakla berapa faham pasal insurans. Tapi aku ingin menulis serba sedikit mengenai pengalaman aku yang 'terkena' dengan insurans. Memang mungkin kesalahan aku ialah tidak semak polisi. Tapi sebenarnya sebab tidak fahamla maka kita tidak ambil pusing pasal apa yang terkandung di dalam polisi berkenaan. Dan kesalahan aku adalah kerana percaya sangat pada wakil bank tersebut (dia orang bukannya arif sangat dengan produk yang mereka jual). Target dia orang cuma pelanggan yang mana risiko kita tanggung.

Aku percaya tak ada seorang pun ibu bapa yang ambil insurans untuk anak ini sebenarnya untuk 'stand by' anak 'mati'. Tapi kerana ada wang lebih, aku dan suami ambil keputusan untuk mengambil insurans untuk melindungi anak2ku sekiranya berlaku apa2 yang tidak diingini kerana kita tidak tahu nasib kita. Oleh itu, kami memilih skim yang mempunyai tabungan pendidikan. Senang kalau2 esok dia orang nak sambung belajar tanpa bergantung pada pinjaman pelajaran.
Langkah awal kami adalah pergi ke sebuah bank yang megah dengan lambang harimaunya. Aku bukan cari ajen tepi jalan tapi masuk sendiri ke bank yang sudah dikenali ramai itu. Setelah menyampaikan hasrat aku untuk mengambil insurans untuk anak, maka aku dilayan oleh seorang pegawai. Setelah menerangkan serba sedikit kehendak aku, maka aku diperkenalkan dengan 'Takaful Alif". Dengan bayaran RM75.00 sebulan aku setuju dengan pelan yang diberi. Jadi pada hari itu 2 insurans telahku beli. Satu untuk Amer si abang dan satu untuk Yaya si kakak.

Pendek cerita selepas mengambil anak ketiga, aku telah memutuskan untuk mengambil insurans juga untuk Afiq. Sama seperti kakak dan abang. Takaful Alif dan RM75.00 sebulan. Tanpa ragu aku membayar perlindungan untuk kakak dan abang sejak 2007 dan untuk Afiq dari 2009. Dan segalanya musnah apabila kematian Afiq aku dimaklumkan bahawa insurans itu sebenarnya hanya melindungi aku sebagai pembayar dan bukannya anak2ku. Jadi aku dilindungi oleh 2 insurans yang sama dengan manfaat yang sama. Untuk Apa? Dan anak2ku tidak dilindungi apa2 melainkan jika terjadi apa2 padaku barulah mereka mendapat manfaat. Itupun setelah umur mereka mencapai 21 tahun. Walaupun sebenarnya ada 3 insurans di sini, satunya dibayar oleh suamiku.

Jadi kesimpulannya aku telah membatalkan kesemua polisi tersebut kerana merasakan aku telah ditipu. Oleh itu, pada mereka yang rasa nak ambil insurans, PASTIKAN POLISI ANDA DIBACA DAN DIFAHAMI setelah ia tiba ke tangan anda. Biasanya polisi tersebut akan sampai ke tangan anda sebulan setelah anda mohon dan membuat pembayaran. Tapi jangan bimbang, kalau kita tidak setuju dengan polisi tersebut, kita berhak menamatkannya dalam masa 15 hari dari tarikh polisi itu sampai ke tangan kita. Dan wang kita akan dipulangkan semula.

29 June 2011

Kuubat Kehilangan III

Mungkin agak senang untuk bagi kita yang dewasa untuk menghadapi situasi kehilangan. Tapi tidak bagi insan2 kecil yang mungkin belum memahami. Sememangnya ia amat berat untuk mengalih emosi sedih mereka. Apatah lagi jika masing2 sudah bijak akalnya.

Bagi kakak dia tahu adiknya telah 'mati'. Cuma dia sendiri tidak faham apa itu sebenarnya 'mati' itu. Setiap hari di awal kematian Afiq dia tanya ke mana adik pergi. Jawabku pastinya ke syurga. Dan aku ceritakan perihal syurga padanya. Alhamdulillah kakak faham. Cuma kadang2 rindu itu menjengah, dia pasti akan menangis kerana teringatkan adik. Terapi kakak adalah dengan mewarna. Dalam sehari dia boleh mewarna banyak buku. Lama situasi ini berlangsung sehingga memang duitku ketika itu diperuntukkan hanya untuk membawa kakak ke kedai buku. Syukur sikit2 kakak mula pulih dan boleh melakukan aktiviti lain pula.

Gambar kenangan antara adik dan kakak

Bagi aku abang agak kuat dalam menghadapi realiti kehilangan adik Afiqnya. Cuma kalau dia bersedih pasti dia akan datang memelukku. Sesekali ada juga air mata yang tumpah tatkala teringatkan Afiq. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kehilangan Afiq, anak2ku makin dekat dengan Allah. Aku juga. Apa yang penting aku akan menasihati anakku agar sentiasa melakukan kebaikan agar nanti boleh berjumpa Afiq di syurga. Syukur mereka terutamanya abang sudah rajin solat.

Memori antara adik dan abang
Bila mereka sedih atau teringatkan adik, pasti aku minta mereka membaca doa untuk Afiq. Sekurang2nya disedekahkan surah al-fatihah di sana sekali sehari. Dan moga ia kekal dibaca hingga akhir nyawa kami. Apa yang penting bila berlaku kehilangan begini di dalam keluarga, peranan ibu bapa adalah penting untuk memberi panduan kepada anak2 yang masih 'ada' ini. Kita seharusnya bersyukur masih ada lagi anugerah yang tidak diambil Ilahi. Dan ingatlah bahawa semua yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman dari-Nya. Dan jika tiada lagi anugerah yang peerlu dijaga, kita masih ada janji lain yang masih belum terlaksana. Janji kita sebelum dilahirkan ke bumi. Kerana itu apa yang aku yakin, setiap yang tersirat dan tersurat pasti ada hikmat yang tersembunyi. Kalau tidak di dunia, mudah2an di akhirat kelak. Amin

28 June 2011

Kakak, Abang Dan Afiq

Syukur kerana aku dikurniakan 3 anugerah dari Ilahi ini. Merekalah racun dan mereka jugalah penawarku. Setiap mereka punya cerita tersendiri.

Anakku yang sulong adalah lelaki. Masa artikel ini aku coret umurnya dah 8 tahun. Muhammad Danish Syameer namanya. Tapi lebih mesra dipanggil Amer. Seorang yang manja. Lebih manja dari adik2 yang lain. So far seorang yang boleh diharapkan. Mudah2an sampai hujung nyawanya dia begitu.

Anak sulungku... Amer

Manakala anak keduaku adalah Dhiya Syameera. Masa ini umurnya 5 tahun. Seorang yang ceria dan agak agresif berbanding anak2 lelakiku. Agak nakal sebenarnya si kakak ini. Tapi seorang yang penyayang. Mulutnya pula boleh tahan becoknya. tapi kalau pertama kali jumpa orang memang pemalu nampaknya.

Kakak Yaya, anak keduaku.

Anakku yang bongsu (buat masa nie la), Allahyarham Muhammad Danish Syafeeq. Allahyarham? Baca kisah Afiq di Entri II ni. Umurnya 2 tahun. Masa hayatnya kami memanggilnya adik malah kekal hingga kini. Tapi adik kalau sebut namanya sebagai Dadi (pelat nak sebut Danish). Seorang yan manja seperti abangnya juga.

Wildanku, Afiq.


Permata2 hatiku.

27 June 2011

Kuubat Kehilangan II

Kalau dulu dalam Entri IX aku ceritakan bagaimana aku menarima takdir ini dan mengubati kehilangan. Entri ini pula caranya bagaimana aku mengubat kehilangan itu dengan cara lain. Secara tidak sengaja aku diperkenalkan oleh kawan ofisku dengan kain felt. Dari situ aku dah jatuh hati dengan hasil2 kreativiti yang boleh dihasilkan dari kain tersebut. Jadi perkara pertama yang aku buat ialah menempah kain tersebut dari Jepun yang dikatakan pengeluar asalnya. Jauh tu. Bukanla bemaksud dekat Malaysia tak jual benda ini. Tapi kebetulannya adikku belajar kat sana. Itu yang ambil kesempatan suruh dia beli sebab dia nak balik Malaysia bercuti. Terima kasih Amin kerana memberi kain2 sebagai hadiah.

Ha! Inilah hasil kerja aku yang pertama. Sarung BB aku. Ok la

Tapi aku kurang puas hati sikit kalau guna felt ni kerana sifatnya yang mudah berbulu. Jadi aku beralih ke PVC pula. Tara

Inilah pengganti sarung BB aku yang baru. Diperbuat dari fabrik PVC. Lapik dalam still dar felt. Cantikkan? ;p

Kalau nak tengok banyak lagi hasil2 syok sendiri aku KLIK SINI k.

26 June 2011

Pasal Doktor Lagi

Pada doktor2 jangan bimbang. Bukan berkongsi kisah luka di sini. Bukan juga melahirkan rasa marah lagi. Sekadar menghargai jasa doktor yang benar2 ikhlas menjadi doktor. Semalam aku baca CERITA INI. Tersentuh aku dengan jasa2 doktor yang benar2 berkorban jiwa dan raga mereka. Terima kasih doktor. Moga jasa kalian diredhai dan dirahmati-Nya. Nak jadi cerita pula, balik kerja tengok cerita Gifted Hand. Juga mengenai jasa2 doktor. Aku menangis waktu tengok babak operation tu. Dok bayangkan aku dalam situasi emak budak2 (pasangan kembar siam) itu. Dan terbayang bagaimana tertekannya doktor2 itu menjalankan tugas demi menyelamatkan nyawa pesakit mereka serta membawa harapan ibu bapa budak2 tu. Aku dapat rasakan bahawa tugas dan tanggungjawab doktor bukan mudah. Mereka juga punya hati dan perasaan. Terima kasih doktor2 itu yakni doktor2 yang banyak membantu menyelamatkan nyawa dengan izin-Nya serta doktor yang menggembirakan hati keluarga yang diselamatkan itu. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian.

25 June 2011

Kuubat Kehilangan I

Bukan mudah menghadapi kehilangan yang mengejut ini. Syukur aku punya keluarga serta teman2 yang banyak membantu. Sesungguhnya mengubat hati yang merasa kehilangan ini bukan mudah. Tambahan pula ketika mengingati semua keletah Afiq yang sudah banyak itu. Paling tersentuh adalah apabila aku melihat makanan, pasti air mata ini akan mengalir. Teringat pada si kecil yang kuat makan itu. Lantas hampir 2 minggu aku mendera diri dengan tidak makan. Kalau adapun cuma sedikit sahaja makanan yang aku jamah. Sehingga pada suatu ketika ketika aku mengikuti satu kuliah agama yang menyatakan bahawa makan juga satu ibadah, maka aku perlu makan untuk meneruskan hidup.

Lihatla gelagat Afiq kalau dapat makan. Ceria sangatkan?
Aku bersyukur kerana Afiq meninggal pada bulan Rabiulawal yang mana pada bulan inilah sambutan Maulidul rasul dijalankan. Maka banyak ceramah agama dijalankan dan ada yang aku hadiri. Dari situ banyak ilmu yang aku perolehi dan banyak juga yang menyedarkan aku yang hampir terlupa ini. Sedang aku lupa mungkin Afiq pergi untuk mengingatkan aku agar jangan hanyut dengan dunia semata2. Alhamdulillah dari situ aku bangun. Dengan kekuatan yang bersisa aku buka internet. Tanya 'pakcik google' ke mana perginya bayi atau kanak2 yang belum baligh ini selepas mati. Aku bersyukur banyak cerita indah yang aku peroleh tentang mereka. Ya Allah bertuahnya anakku itu. Mungkin di dunia dia sakit tapi di sana dia tenang dan sihat.

Ada cerita yang aku baca tetapi aku belum merujuknya pada alim ulama mengenai perkara ini ialah apabila kanak2 ini meninggal mereka akan diangkat ke langit dan diasuh oleh Nabi Ibrahim a.s. Sejuk hati mendengarnya. Pastu budak2 ni nanti akan terus masuk ke syurga tanpa perlu menempuhi hari perhitungan di padang masyar. Wallahualam. Dan katanya ketika kiamat nanti andai ibu bapanya tergelincir ketika melalui titian siratulmustakim nanti, merekalah yang akan membantu menarik kita keluar dengan syafaat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Apa pun kita kena redha masa matinya mereka dadulu. Mudah2an aku tergolong mereka yang redha dengan ketentuan Ilahi. Amin.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pastinya anak2 ini akan menjadi Wildan di syurga nanti. Jadi pada ibu bapa yang mengalami masalah sepertiku ini janganlah bersedih. Sesungguhnya anak2 kita telah mendapat tempat terbaik di sisi-Nya. Tugas kita di dunia adalah memperbanyakkan amalan yang diredhainya agar dapat bertemu mereka di akhirat kelak. Amin.

Oh! Ya saya suka baca artikel dari SINI. Banyak ilmu yang boleh dipelajari dan dijadikan tauladan.

24 June 2011

Redha Pada Ketentuan-Nya

Inilah wildan kami. Gambar Afiq sewaktu Hari Raya Aidilfitri 1431
Mungkin ada yang merasakan bahawa kami boleh menyaman mereka : Doktor atau Hospital atau Klinik yang cuai. Memang kalau dikutkan hati kami ingin melakukannya. Tapi banyak faktor rasional harus kami fikirkan, sebagai seorang Islam sesungguhnya kami baru diuji dengan sedikit kehilangan. Sebagai seorang manusia yang punya sikap timbang rasa kami perlu memikirkan jasa2 doktor2 tersebut kepada jiwa lain. Pinta kami usahlah lagi perkara sebegini terjadi kepada keluarga lain. Cukuplah cuma perit yang kami rasa. Kalau perkara ini dipanjangkan sekalipun, bersediakah kami menghadapi dugaan yang mendatang. Cukuplah Allah cuma mengambil semula satu nyawa yang dipinjamkan itu. Kami masih ada 2 nyawa untuk dijaga dan dipelihara serta dicurahkan kasih sayang. Kalau asyik turun naik mahkamah pasti mereka pula yang terabai.

Secara peribadinya kami merasakan jika awal penyakit ini dikesan mungkin rawatan awal dapat dilakukan. Tapi mungkin kami terpaksa melihat si kecil kami menderita dengan segala wayar terpasang di badan. Atau segala kemungkinan lain yang tak terjangka. Atau sabarkah kami nanti untuk menjaganya? Tapi mungkin juga jika dikesan awal maka ia akan dapat diselamatkan. Wallahualam. Cuma aku bersyukur adik pergi dengan cukup mudah. Tanpa sakit yang ketara. Tanpa rawatan yang menyakitkan. Perginya pada pagi Jumaat yang tenang serta pada bulan yang mulia. Semuanya aku rasakan terbaik untuk Afiq. Orang kata mudah2an menjadi penolong untuk kami ke syurga kelak. Amin.

Entri berikutnya akan aku kongsikan bagaimana merawat hati yang luka. Mudah2an berkesan untuk jiwa yang dihimpit masalah yang sama.

23 June 2011

Laporan Bedah Siasat

Siapa sangka si kecilku ini sebenarnya mempunyai masalah jantung sejak lahir.
Sememangnya Afiq seorang yang kuat semangatnya.
Hasil bedah siasat awal mendapati punca utama kematian Afiq adalah kerana jantung. So hari ini aku nak cerita plak laporan penuh punca kematiannya. Punca kematian Afiq ialah 'CONGENITAL HEART DEFECT'. Rupa2nya jantung Afiq memang bermasalah sejak lahir tapi seorang doktor pun tak dapat mengesannya. Alasan mereka adalah kerana hanya betul2 pakar sahaja yang dapat mengesan penyakit ini. Dan jika doktor biasa yang memeriksanya maka mereka akan mengatakannya 'MENGIDAP ASMA'. Dan itulah yang terjadi kepada puteraku itu, didiagnosis penyakit yang salah. Namun aku percaya di sebalik kejadian ini banyak hikmah yang tersembunyi. Cuma kita sebagai manusia biasa pasti banyak mempertikaikan tentang kerja manusia yang dirasakan cuai ini. Tapi jika berbalik pada kerja Tuhan kita pasti redha kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Menurut Dr. Baizura iaitu Ketua Bahagian Pedriatrik Hospital Kajang bahawa anakku ini meninggal kerana jantungnya gagal berfungsi. Klau diceritakan mengenai Congenital Heart Defect ni ada macam2 kategori. Kategori yang Afiq alami ini ialah kelainan fungsi injap jantung. Ini menyebabkan jantung Afiq terpaksa berkerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh badan sehingga satu tahap jantungnya tidak mampu lagi berkerja. Menurut doktor biasanya bagi kes begini bayi tidak akan hidup lama dan biasanya hanya capai usia bulan sahaja. Tapi kes Afiq berbeza kerana selain injap jantungnya berfungsi terbalik, namun dibantu oleh pembentukan 2 lubang pada jantung yang memanjangkan hayatnya. Ya Allah kuatnya Afiq bertarung untuk hidup hingga aku dan doktor2 itu tidak bisa mengesan penyakit yang dialaminya. Satu faktor ketara ialah Afiq tidak mengalami masalah kebiruan seperti pesakit jantung lain.

Tapi apa yang paling aku kesalkan ialah menurut Dr. Baizura masa x-ray yang dijalankan pada 30 Disember 2009, menunjukkan bahawa jantungnya telah membengkak. Dan dia tidak faham mengapa doktor yang merawat Afiq pada malam itu boleh terlepas pandang sehingga tidak merujuk kes ini ke Bahagian Pedriatrik. Rupa2nya apa yang disangka dada Afiq tenggelam sebelah kiri adalah sebenarnya dada Afiq membengkak di belah kanan. Ini berlaku kerana jantungnya telah membesar hingga memenuhi ruangan tulang rangka belah kanan sehingga menolak semua organ dalaman seperti hati dan paru2 ke perut. Patutlah perut Afiq besar yang doktor sangkakan sebagai kembung. Dan sebagai perbandingan doktor menunjukkan kami imej x-ray sebelum serta selepas kematiannya. X-ray selepas kematian jelas menunjukkan yang jantungnya telah memenuhi ruang belah kanan. Semakin besar dari sebelumnya yang juga telah membengkak. Sungguh aku kagum dengan semangat Afiq yang tetap tabah hingga ke akhir nyawanya.

Aku sebenarnya tak tahu nak gambarkan perasaan aku pada doktor yang bertugas pada malam kubawa Afiq ke Hospital Kajang ini. Sila rujuk Entri IV untuk kisah ini. Sebenarnya pada doktor2 lain juga yang mana pernah merawat Afiq. Bukan tidak redha dengan ketentuan-Nya tapi kerana sikap sambil lewa mereka. Memang mereka bukan Tuhan tapi mereka yang ingin mengambil risiko merawat insan lain. Jadi sudah semestinya mereka ambil tanggungjawab tu dengan amanah yang mana akan disoal di akhirat kelak. Bukannya jalankannya sambil lewa. Memang aku tak nafikan bahawa ada kes di Wad Kecemasan pada malam tu... tapi aku rasa ia memang fenomena biasa bagi seorang doktor yang dilatih menghadapi saat2 sebegitu. Itulah sebabnya mereka digelar golongan profesional. Entah apa yang dia orang fikirkan tentang kesihatan kanak2 sebesar itu.. Kata Dr. Baizura pada malam itu sepatutnya mereka sudah dapat mengesan masalah anakku. Memang jelas pada imej x-raynya dan ada beberapa prosuder pemeriksaan yang tidak dilakukan oleh 2 doktor terbabit. Jadi apa yang korang rasa kalau situasi ini berlaku pada korang sendiri? Sebab aku sendiri dah tak tahu nak gambarkan perasaan aku. Marah, sedih, benci, redha dan macam2 lagi. Semuanya bersatu.

Ya Allah tabahkan hati kami. Berikanlah kami petunjuk. Ikhlaskan hati kami menerima ujian-Mu. Kuatkan semangat kami seperrti mana Engkau kuatkan hati anakku Afiq. Semoga kami juga sekuat Afiq yang dapat menyembunyikan sakitnya dengan izin-Mu. Amin

22 June 2011

Hasil Bedah Siasat

Ok seperti yang aku citer sebelum ni. Afiq pergi agak mengejut dengan Dr. sendiri menyangkakan ada unsur2 jenayah di situ walaupun aku maklumkan bahawa anakku pernah dirujuk suatu ketika dahulu di hospital ini dan pernah di x-ray. Kata Dr. itu kisah lain. Kematian ini pasti faktor lain. Memang hancur hatiku apabila dipertikaikan sedemikian rupa. Kuasa di tangan mereka. So aku dan suami pasrah. Asalnya disuruh suami ke balai polis untuk buat laporan kematian. Pastu polis persoal kerana Dr. tidak tulis sebab kematian coz di situ tercatat 'PENDING INVESTIGATION'. Oleh sebab itu polis tak boleh keluarkan permit gali kubur. Ya Allah banyak sungguh dugaan kami pada hari itu.

Sedang aku bersoal jawab dengan Dr. Azman di Wad Kecemasan. Pelbagai yang disoalkan sehingga  aku toleh ke belakang tengok jenazah arwah dah tidak ada di katil tadi. Rupanya dah dikeluarkan dari bilik kecemasan untuk dihantar ke Bilik Mayat. Aku terus tinggalkan Dr. terbabit bagi mendapatkan Afiqku. Aku sendiri mendakapnya dan membawa jenazah ke sana dengan menaiki kereta jenazah. Ya Allah sungguh aku tak pernah menyangka akan melalui situasi sebegini. Sayu hati bila terpaksa meninggalkan Afiq 'keseorangan' di dalam peti di Bilik Mayat yang dingin itu. Sedang aku terpaksa menanti di luar selama lebih 4 jam untuk menunggu prosuder seterusnya. Seksanya hanya Alah yang mengetahui. dan aku difahamkan bahawa prosuder ini sememangnya salah. tapi pada siapa nak diadukan. Aku dah tak berdaya. Nasib baik ada ramai saudara serta kengkawan yang sudi menemankan aku yang 'bercelaru' ini.

Setelah melalui pelbagai prosuder serta penantian yang menyeksakan akhirnya Afiq 'dilepaskan'. Siapa yang belum baca kisah sebelumnya boleh baca di Entri IV. Kata Dr. Anathi yang melakukan bedah siasat, Afiq meninggal kerana jantung. Ya Allah bagai nak gugur jantungku untuk ke berapa kalinya hari ini. Dr. Anathi kata jantung Afiq besar. Begitu juga dengan organ dalaman yang lain seperti paru2 dan hati. Salur darahnya juga besar 15 kali dari saiz normal. Namun begitu penyebab kepada semua ini masih belum dapat dipastikan. Semuanya bergantung kepada keputusan ujian makmal yang akan dilakukan kelak. Ya Allah kuatnya Afiq kerna siapa pun tak tahu yang dia sakit. Semoga semangat adik mengalir dalam jiwa mama sayang.

Main hujan 5 hari sebelum kematiannya. Lihatlah perut Afiq yang buncit. Dr. kata kembung.
Tapi post mortem kata sebab organ dalaman seperti hati dan peparu sudah tertolak ke bawah.
Ini kerana jantungnya yang telah membesar.

Entri VII nanti akan ku kongsikan laporan penuh kematian anakku serta beberapa perkara yang menyebabkan aku rasa nak saman hospital.

21 June 2011

04 Februari 2011 / 01 Rabiulawal 1432H

Gambar ini diambil 5 hari sebelum pulangnya Afiq ke Rahmatullah.
Mukanya comot kerana bermain dengan krim muka.
Mungkin korang kat sini sebab nak baca punca kematian Afiqkan? Tapi sebelum itu akan aku ceritakan perihal hari kematiannya.

Ok seperti yang aku cerita sebelum ini, Doktor tak pernah mengatakan anak aku sakit kecuali asma yang kejap konon ada yang kejap takder plak. Sebelum tu aku nak sambung cerita bagaimana kes ini di rujuk ke Hospital Kajang 37 hari selepas x-ray dilakukan (senang faham hari disahkan kematian Afiq). Seperti yang aku cerita di Entri III yang mana selepas aku dapati Afiq 'lena' di ribaanku, aku terus membawanya ke klinik yang aku rujuk semalam. Sampai di situ doktor yang bertugas adalah sama ngan doktor semalam, Dr. Azah. Tapi apa yang mengecewakan aku ialah doktor tersebut keluar dengan lambatnya dari bilik belakang dan hanya pegang tangan anakku sekejap dan terus mengatakan yang kat situ takde oksigen. Dia suruh aku membawanya terus ke Hospital.

Tanpa bantuan awal dari doktor tersebut serta bantuan lain yang mungkin membantu... at least menelefon ambulans barangkali... aku dan suami bergegas ke Klinik Kesihatan yang berdekatan. Tapi oleh kerana hari tersebut merupakan Cuti Umum aku dah tak reti nak rujuk kecemasannya di mana. Kami terus pecut ke Hospital Kajang. Memang telah tertulis agaknya, jalan raya ketika itu agak sesak. Traffic light juga hanya mempamerkan lampu merah. Walaupun lampu kecemasan telah diberi namun kerjasama orang awam agak tidak membantu. Semuanya seakan mementingkan diri sendiri sekarang. Akibatnya sampai di hospital semuanya makin terlewat.

Namun begitu, doktor bertugas masih memberikan bantuan sewajarnya sehingga 1 jam. Sehingga aku sendiri seakan mahu menepis tangan2 petugas agar berhenti menekan dada Afiq. Tepat jam 11.00 pagi anakku disahkan meninggal dunia. Dunia mana yang tak terasa gelap dengan berita ini, namun aku gagahkan juga demi meredhakan pemergiannya. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Afiq. Dia pergi ketika jiwanya masih suci. Pun begitu pemergian yang tiba2 ini telah menyebabkan kami dipaksa membenarkan  proses bedah siasat dilakukan kerana timbul keraguan sebab kematiannya bagi doktor. Dalam keterpaksaan kami benarkan juga ia dilakukan kerana jika tidak permit gali kubur tidak akan dikeluarkan. Dalam kes ini doktor seakan mengesyaki Afiq telah didera.

Sesungguhnya perjalanan untuk melakukan bedah siasat ini tidak mudah. Dan kebetulannya pelbagai prosuder telah gagal dipatuhi oleh pihak hospital. Akibatnya kami yang merana menunggu jenazah Afiq di Bilik Mayat selama 8 jam lebih. Alasannya Dr. Forensik tiada. Ya Allah seksanya ketika itu hanya tuhan yang tahu. Sepanjang tempoh itu aku gelisah menanti segala kemungkinan dan penyebab kematian. Dalam pukul 2.00 petang polis datang untuk membuat pemeriksaan. Kami merayu agar post mortem tidak dilakukan tapi katanya itu arahan hospital. Entahlah hospital kata polis, polis cakap hospital yang minta bedah siasat dilakukan.

Kira2 jam 4.30 petang barulah bedah siasat nak dilakukan. Malangnya doktor belum ada katanya jadi jenazah Afiq telah di bawa semula ke Wad Kecemasan kononnya untuk diimbas dan sekaligus memungkinkan bedah siasat tidak akan dilakukan. Hampir 2 jam menunggu hasil x-ray ada yang tidak dapat dibaca dan harus dibuat semula. Hancurnya hatiku hanya tuhan yang tahu. Ya Allah kasihanilah anakku. Hasil x-ray juga negatif. Dan prosuder bedah siasat juga terpaksa dijalankan. Dan sekali lagi jenazah Afiq diusung ke Bilik Mayat. Lepas maghrib barulah 'Afiq' dibenarkan pulang untuk prosuder seterusnya.

Sampai di rumah mertuaku ramai yang sudah menanti. Segala keperluan untuk memandikan jenazah anakku telah tersedia. Sahabat alongku serta pembantunya telah sedia untuk mandikan Afiq. Namun begitu mereka memberi penghormatan kepada aku dan suami untuk memandikan anak kami buat kali terakhir. Dengan bantuan dan tunjuk ajar mereka akhirnya Afiq berjaya dimandi dan dikafankan. Saat memberi penghormatan terakhir aku meyuruh anak keduaku si kakak Yaya mencium adiknya. Namun dia enggan dan taksiranku dia masih belum mengerti. Namun bila aku suruh dia usap wajah adiknya kakak tidak membantah. Abang bila kusuruh mencium adiknya dia tidak membantah. Entahlah aku fikir mungkin abang juga tidak mengerti. Tapi sangkaanku meleset sama sekali... saat Afiq disembahyangkan, kakaknya meraung kesedihan. Ya Allah kuatkan hati anak2ku Ya Allah. Tabahkanlah mereka.

Raung kakak juga tidak habis di situ. Tatkala tanah menimbusi adiknya sekali lagi ia menangis. Pilunya hatiku mengenangkan saat itu. Aku sengaja membawa mereka ke pusara ini supaya mereka tahu destinasi terakhir adik mereka. Memang perit tapi itulah hakikat yang mereka perlu belajar. Selamat tinggal sayang... mama tahu adik tenang di sana. Tolong mama nanti yea sayang andai kaki ini tergelincir ketika melintasi titian siratul mustakim. Malam ini dan malam2 berikutnya mama akan tidur tanpa adik di sisi. Dan malam ini susu mama tidak lagi menjadi makananmu anakku. Mama halalkan tiap titis susu yang pernah adik minum. Mama redha sayang. Semuanya.

Nanti akan kuceritakan pula hasil bedah siasat yang dikeluarkan.

20 June 2011

Jumpa Doktor

Sememangnya kisah ini bukan ditujukan pada semua doktor. Tapi mungkin sebahagiannya. Atau boleh dijadikan panduan bagi mereka yang benar2 ingin menjadi doktor perubatan.

Pada 29 Disember 2010 kisah ini bermula. Aku agakla sebab masa tu jer aku mula perasan perubahan fizikal pada Afiq. Dada kirinya tenggelam pada fahaman aku. Tapi dia tak merengek. Waktu tu dia ajak aku mandi. Jadi apabila aku buka bajunya aku perasan sangat2 perkara tu. Refer kat babahnya memang tak salah perkiraan aku. Lepas mandi aku terus bawa arwah ke Klinik An-Nisa yang terletak berhampiran rumah aku. Sampai sana tak silap aku Dr. Tasnim bertugas. kata doktor tu anak aku xder apa2 cuma asma jer. Adus tak pernah pun sebelum ni doktor mengatakan anak aku ada asma. Alah diakan doktor jadi mesti dia lebih tahu dari kita. Seperti kes asma anakku cuma diberikan gas dan bekalan ubat batuk, selsema dan ubat lelah. Bila aku tanya doktor bila dadanya akan normal semula kata doktor akan makan masa. Tiada jawapan seperti yang aku harapkan.

Esoknya aku kerja macam biasa. Walau ada kebimbangan meninggalkan Afiq di rumah aku tawakal sahaja coz ada bibik yang menjaganya. Lagipun esok aku akan ambil cuti. Di pejabat aku tanya masalah aku pada kengkawan yang anaknya ada asma. Semuanya tak pernah dengar gejala hingga dada tenggelam. Tiada kes perbandingan yang boleh aku buat. Baliknya tiada perubahan yang aku nampak pada Afiq. So malam itu aku bawa dia lagi ke klinik semalam untuk pemeriksaan lanjutan. Atau mungkin mengambil gas seperti semalam. Hari ini doktor yang bertugas lain dari yang semalam. DrSeorang doktor perempuan yang namanya aku tak berapa nak ingat tapi tak silap aku Dr. Syarifah. Ada kebimbangan di wajahnya apabila melihat keadaan Afiq. Mungkin itu sifat keibuan yang semulajadi. Lantas pemeriksaan dilakukannya. Katanya anak aku ok. Tapi dia risau jika ada apa2 yang lain yang tak dapat dikesannya. Justeru, surat refer ke Hospital Kajang untuk melakukan X-ray dikeluarkan.
Setelah merujuknya ke Wad Kecemasan Hospital Kajang anakku diarahkan untuk menjalani imbasan X-ray. Kesian Afiq kecil2 lagi dah terpaksa menghadapi perkara seperti ini. Bukan main lagi dia melalak antara takut dan sakit mungkin. Aku lihat budak yang buat x-ray tu pun cam tak sampai hati. Tapi apakan daya prosuder tetap dijalankan. Tak lama nak tunggu keputusan x-ray tersebut. Hasilnya doktor perempuan yang bertugas malam itu kata ok cuma dekat peparu jer cam tak cantik sikit. Tafsiran doktor mungkin ada jangkitan kuman. Perkara ini turut disahkan oleh seorang lagi doktor lelaki yang aku dirujuk oleh doktor perempuan tadi. Untuk kepastian ujian darah pula diambil. Lebih 3 jam tunggu hasilnya negatif. Masa kat hospital ini sahaja 2 doktor telah dirujuk untuk kes anak aku ini. Tapi entahlah....mungkin Allah tutup mata mereka untuk mengesan penyakit Afiq agar Afiq. Malam tu juga dalam pukul 1.30 pagi kami dibenarkan pulang.

Dan selepas itu aku menjalani hidup seperti biasa kerana doktor telah mengesahkan anak aku sihat. Walaupun kengkadang hati aku tetap rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Afiq. Dalam tempoh tersebut iaitu antara selepas kes dirujuk di Hospital Kajang dan sebelum kematian Afiq sebanyak 3 doktor lain telah kurujuk berkenaan kes ini. Kali pertama seminggu lebih selepas ke hospital sebab Afiq selsema tapi masih kurujuk pasal dadanya. Tetap di klinik yang sama tetapi berjumpa dengan Dr. Fuad. Kedua ketika membuat pemeriksaan berkala ke Klinik Kesihatan Semenyih dan aku minta jumpa dortor kerana selsema dan danya itu. Dan ketiga adalah sehari sebelum kematian Afiq di klinik swasta yang sama tetapi diperiksa oleh doktor yang berbeza. Semuanya tak pernah mengesahkan yang anak aku sakit seperti yang dikeluarkan selepas bedah siasat dijalankan.

Dari kes pertama kurujuk ke doktor tentang anakku sehingga sehari sebelum kematian anakku ini 7 DOKTOR telah ku jumpa. Tapi satu pun tidak dapat mengesan 'penyakitnya'. Dan kerana itu aku sedikit kecewa dengan DOKTOR. Walau tidak semua tapi.... Kesimpulannya, memang aku yang bersalah kerana meletakkan kepercayaan 100% kepada DOKTOR. Andai aku lebih peka dan ingin tahu mungkin aku boleh mengesan penyakit anakku sendiri. Pada kengkawan yang ada anak2 kecil terutamnya yang masih belum pandai bercakap, jika mereka sakit, jangan sandarkan kepercayaan 100% pada doktor yang anda jumpa. Buat sedikit kajian terutamanya di internet berkenaan gejala yang menimpa anak supaya kita boleh bersoal jawab dengan doktor dan mungkin mempertikaikan keputusan mereka. Bila kita dilihat bijak maka doktor tidak memandang rendah pada pendapat kita. Itu pendapat aku. Pendapat korang mungkin berbeza.

Lihatlah dada Afiq seperti yang aku ceritakan. Nampak sangat saiznya berbeza.

Kalau korang nak tau apa penyakit Afiq... bacalah entri2 selepas ni ok.

19 June 2011

Saat Kehilangan

Ok entri ni nak sambung kisah anak ketigaku Afiq.

Afiq meninggal rasanya memang ketika tidur di ribaan aku. Aku sendiri tak dapat agak masa sebenar kematiannya coz pagi tu aku tengah tengok tv. Anggaran masa aku agak 9.30 ke 10.00 pagi sebabnya masa tu aku ngan anak2 lain tengah tengok citer Mulan yang kartun tu kat tv2. Afiq sebelum tu tidur kat atas. So dlm kul 9.00 pagi dia panggil aku. Aku naik atas tgk dia tgh tidur berdiri kat tepi pintu bilik. Aku kejutkan dia bangun tapi mata cam berat nak tido lagi. So aku  angkat dia dan biar dia tidur kat bawah plak. Masa tu sempatla aku nyusukan dia (Afiq masih menyusu badan masa meninggal tu). Tapi dia tak banyak minum. Cuma aku perasan tidur dia agak tak selesa. Kejap tidur duduk kejap baring balik. So yang terakhir aku ambil Afiq tidurkan kat riba aku dalam posisi menerap dan aku tepuk2 belakang badan dia. Dan Afiq dapat posisi untuk tidur dengan nyenyaknya selepas itu hingga aku tidak sedar nafasnya sudah berakhir.

Sehari sebelum meninggal Afiq memang aku tengok cam susah nak nafas. Tak lalu makan cam biasa. Petang tu aku bawa ke klinik. Doktor bertugas kata tak ada apa apa cuma kahak dia banyak. Tapi waktu tu Afiq tak demam, tak batuk dan tak selsema. So doktor tu... Dr. Azah cuma bg gas dan bg ubat kembung kononnya arwah angin. Oklakan kita bukan doktor dan tak tau sangat bab tu. Masa ambil gas tu arwah asyik nangis tapi still bleh pujuk. Macam2 aku buat nak bagi dia tenang ambil gas tu dan janji aku pada arwah klau dia sihat akan kubawanya ke zoo. Habis ambil gas doktor kata tak ada apa2 dan boleh balik dengan bekalan ubat asma walaupun katanya anak aku takde asma. Iyelah diakan doktor so dengarlah cakap dia.

Blk klinik aku ke rumah datuknya yg tinggal tidak jauh dari rumah kami. Sampai sana Afiq minta makan. Tapi bila suap nasi dia still taklalu makan coz sibuk nak main badminton ngan abang dan kakak. Pastu dia sibuk nak baca buku (sebenarnya dok tengok gambar) buku yg aku beli pagi tadi. Banyak kali jugakla dia habis ulang tengok buku tu. Kemudian dia tidur dan masa dia tidur tu kami blk tanpa sempat Afiq bersalam ngan atuk dan neneknya seperti biasa. Dalam kereta Afiq bangun dan aku ajak babahnya ke KFC untuk take away kentang putar yang dia suka makan. Afiq suka sangat waktu tu dan terkeluar dari mulutnya perkataan yeay-yeay.

Dalam kereta dia sibuk dah nak makan kentang goreng. Lega aku tengok dia berselera makan semula. Sampai rumah Afiq sambung makan kentang putar dan ayam pula. Seronok aku tengok dia makan. Tapi sayang lepas tu bila aku suap ubat dia muntah semua benda tu blk. Pastu dia tidur. Malam dalam kul 10 kot dia bangun dan minta nasi. Dia makan tapi sikit sangat. Sambil tu dia tengok citer CJ7. Mengekek-ngekek dia gelak tengok gelagat pelakon. Lega hati aku bila dia ceria. Sampai habis dia layan citer tu. Pastu dia minta makan lagi. Kali ni roti cicah sos. Ini memang antara kesukaan Afiq. Alhamdulillah habis sekeping roti. Bila ajak tidur dia taknak. Agaknya dia dah dapat rasa masanya dengan kami tidak lama. So aku layan jer dia tgk tv samapai babahnya kata nak naik atas baru dia nak ikut.

Seperti hari2 yang sebelumnya sebelum tidur dia pasti akan bersalaman serta mencium babahnya. Dan itulah keletah terakhir bagi kami. Malam itu Afiq tidur agak selesa berbanding hari2 sebelumnya yang mana Afiq agak gelisah. Tapi seksanya ketika aku melihat dia bernafas. Sedang semua doktor yang aku temui mengatakan dia tidak sakit dan hati kecilku mengatakan ada yang tidak kena. Dan aku tetap tidur pada malam itu bersama Afiq dengan pertanyaan.

Nak tahu kenapa aku semacam mempertikaikan kerja doktor? Kisahnya di Entri IV

Antara gambar2 terakhir Afiq

18 June 2011

Kehilangan

Mmmm... (panjang benar nk fikir sebelum nak tulis entri ni)... Okla entri ni dan antri2 seterusnya adalah sekadar nak kongsi pengalaman aku apabila kehilangan orang tersayang. Tentang apa yang aku rasa. Dan camna aku cuba atasinya. Sure korang nak taukan siapa orang tersayang yang aku maksudkan. Klau korang taknak tau pun aku nak citer gak ;p Okla bkn main2 tapi ni cara aku nak hiburkan hati. Sebenarnya tanggal 04 Februari 2011 aku telah kehilangan anak ketigaku, Muhammad Danish Syafeeq atau nama manjanya Afiq. Allahyarham meninggal ketika umurnya genap 2 tahun. Syukur walau aku dipinjamkan dengannya hanya selama itu.


Inilah rupa Allahyarham anakku dari usianya sehari sehingga genap 2 tahun.
Setiap gambar mewakili penambahan bulan usianya. Comelkan ;p

Afiq sememangnya anak yang sihat. Sepanjang yang aku tahula. Seorang budak yang baik, cerdik dan senang jaga (siapa lagikan nak puji cenggitu klau bukan emak dia). Dia memang seorang yang cepat dapat sesuatu kalau kita ajar. Dan yang penting tak banyak ragamnya dan bukan yang kuat nangis tapi agak manja dengan mamanya. Seorang yang kuat makan dan boleh duduk lama2 kat satu tempat coz untuk makan. Afiq juga bukan seorang yang lasak tapi nakal jugakla kerana suka nyakat kakaknya. Orang kata budak baik macam gitu memang umurnya pendek. Tapi entahlakan ajal maut di tangan-Nya. Dan sememangnya Afiq pergi dulu sebelum mamanya. Oh ya Afiq lahir pada 11 Januari 2009.

Kita sambung kisah seterusnya di Entri III k.

17 June 2011

Salam Perkenalan

Aku tengok orang berblog aku pun teringin. Tapi tak tau apa nak tulis. Adus susah jugak nak cari idea ni yea. Blog aku ni sebenarnya dah lama. Asalnya hanya untuk berniaga. Nak jual cloth diapers ngan barang2 sampingan lain. Sebab tu namanya BABY SIHAT (tp nk bg bunyi komersil sikit aku letakkan namanya bbchearts). Pastu senyap jer. Azam tak kuat sungguh aku ni. Tapi rasanya macam nak tukar angin sikit. Nak merapu disamping  berkongsi apa-apa yang patut ngan sesiapa yang sudi membaca dan mengomen atau bagi idea. Dalam masa yang sama aku masih ingin meneruskan cita2 aku nk jd usahawan berjaya. So klau rasa2 nak order barang kat blog ni silalah yea. Tak pun bleh tgk blog aku yg ni KLIK SINI atau KLIK SINI PLAK . Aku jugak nak kenalkan blog adik aku yg dok jauh nun di Jepun. Jual gajet2 dari negara matahari terbit terutamanya barangan kamera yang 2nd. Klau rasa cam nak makan angin kat blog tu MASUK SINI yea. Selamat menjamu mata k. Klau bleh belila skali apa2 yang patut ;p

Aku dan suami. Konon nak nampak klasik buat tema hitam putih ni.

08 June 2011


NISSEN LEGGING

RM 15.00

Saiz 85 (1-2 tahun/12 kg)
Saiz 95 (2-3 tahun/14 kg)
Saiz 105 (4-5 tahun/17 kg)
Saiz 120 (6-7 tahun/19 kg)
COTTON RICH TIGHT

RM 12.00

Saiz : 00-06 bulan


































Saiz : 06-12 bulan

















 12-18 bulan



































 18-24 bulan
RATTLE SOCKS

RM12.00
KNEE PAD

RM10.00
FOOT COVER

RM10.00