11 July 2011

Nama Adalah Doa

Manusia dikenali kerana namanya. Dan nama pula merupakan satu doa. Nama yang baik akan mempengaruhi peribadi dan akhlak manusia tersebut. Justeru, tuntutan memberikan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik adalah amat digalakkan dalam Islam seperti disabdakan Rsulullah s.a.w.


إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama2 kamu dan nama2 bapa kamu, maka indahkan nama kamu itu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)


إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman”. (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)


تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”.
(Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

Oleh itu elakkan dari memberikan anak dengan nama2 yang mempunyai makna yang teruk, atau nama yang tidak membawa makna apa2. Elakkan juga memberikan gelaran yang bukan2 terhadap anak sendiri atau anak orang lain. Semoga kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang lain. Amin.

No comments: