07 July 2011

Khasiat Dan Kebaikan Susu Ibu

Dalam zaman serba moden ini, aku percaya sudah ramai di antara kita yang mengetahui kebaikan susu ibu. Cuma masih ramai lagi yang seakan menafikan perkara ini. Walau ramai sudah tahu aku nak kongsikan juga kebaikan susu ibu seperti yang aku faham. Mana tahu kot2 ada yang terus nak bagi susu ibu lepas baca blog aku ni. He3. Ok antara kebaikan yang aku tahu
  1. Susu ibu mengandungi kolostrum iaitu antibodi yang lengkap bagi bayi untuk memulakan kehidupannya di dunia ini.
  2. Susu ibu merupakan susu asli tanpa campuran bahan kimia berbahaya atau tercemar. Masih ingat kes susu formula yang dicampur dengan melamin? Mengapa ambil risiko yang kita boleh elak?
  3. Susu ibu dapat mengeratkan hubungan antara bayi dan kita. Sambil menyusu boleh belai2, belek2 bayi anda. Bayi pula boleh main2 mata dengan ibunya. Seronok dapat melakukan komunikasi 2 hala sama ada secara langsung atau tidak.
  4. Susu ibu mudah dihadam berbanding susu formula. Kandungan nutrisinya sesuai mengikut pertambahan usia bayi anda. Tak perlu bimbang masalah bayi sembelit atau kesan sampingan lain.
  5. Bayi yang minum susu ibu tidak mengalami masalah obesiti. Minumla banyak mana pun badan dia orang akan membesar ikut kesesuaian.
  6. Bayi yang minum susu ibu juga akan mengurangkan penggunaan lampin kerana kuantiti air serta bahan buangan lain yang tidak banyak seperti bayi dengan susu formula. Jadi ibu dapat jimat 2x ganda : Susu dan lampin. Lagi jimat kalau guna lampin pakai buang.
  7. Biasanya bayi yang minum susu ibu jarang mengalami kembung perut kecuali jika ibu salah makan. Walau bagaimanapun ibu bebas memakan makanan yang mereka suka kerana ia tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Cuma kalau boleh biarlah yang elok2.
  8. Ibu juga dapat mengekalkan kelansingan tubuh badan dengan menyusu kerana hormon yang dihasilkan dapat membantu mengembalikan bentuk badan asal selain membantu mengecutkan rahim dengan cepat.
  9. Penyusuan penuh juga dapat menjarakkan kehamilan kerana akan menghalang proses pengovulan. Satu cara yang mudah, jimat dan tidak memudaratkan kesihatan untuk merancang kehamilan.
  10. Proses menyusukan bayi anda juga mudah. Tanpa perlu botol susu yang entah selamat atau tidak digunakan. Sedia diminum di mana dan bila2 masa sahaja. Tidak perlu mendengar bayi anda melalak2 nak tunggu susu siap dibancuh. Lapar jer terus sumbat puting yang original. Jadi tidak perlu berjaga malam nak bancuh susu.
  11. Menyusu juga dikatakan dapat mengurangkan risiko barah buah dada kepada para ibu. Hisapan bayi serta hormon yang dihasilkan sewaktu proses ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko terkena barah yang amat ditakuti para wanita ini.
  12. Sememangnya dapat menjimatkan perbelanjaan tanpa perlu mengeluarkan duit membeli stok susu formula yang mahal, pelbagai pilihan dan jenama dan yang tak pasti kandungan sebenarnya.
  13. Yang paling bbchearts suka, menyusu juga membolehkan aku rehat bersama si comelku selagi dia masih 'melekat' terutamanya waktu raya ke kenduri ke...boleh ngelat menolong orang buat kerja. He3 (jangan diikut perangai bbchearts ni k).
Ingat ye pilih yang original. Bayi sihat, wang jimat. ;p

No comments: