Alhamdulillah ketiga2 anakku dapat menikmati susu ibu sehingga berusia sekurang2nya 2 tahun. Rezeki Allah, aku dikurniakan dengan susu yang banyak tanpa perlu mengamalkan pemakanan atau ubatan tertentu. Bagi aku faktor 'niat' mungkin memainkan peranan penting untuk menghasilkan 'produk susu' jenama sendiri. Ini kerana aku memang berazam hendak menyusukan sendiri anakku sejak dari anak pertama lagi. Jadi perkara pertama yang aku lakukan ketika hamil ialah membeli 'pump' susu jenama PIGEON. Murah dan praktikal. Maklumla masa anak pertama gaji aku tidak mampu membeli 'pump' yang mahal. Alhamdulillah, walaupun murah aku masih boleh menyediakan stok yang mengcukupi sehingga usia anakku setahun. Lepas itu agak malas untuk mengepamnya di pejabat. Tetapi masih meneruskan penyusuan sepenuhnya bila di rumah. Sepanjang dari umur setahun ke atas ketika di pejabat anakku tetap minum susu 'lembu' ;p
Semangat menyusukan anak dengan susu sendiri aku teruskan untuk anak kedua. Kali ini dengan sedikit lebihan kewangan, aku membeli 'pump' susu yang aku idamkan dulu, AVENT. Berbaloi aku rasakan beli jenama ini kerana masih boleh digunakan sehingga kini. Memang agak 'terasa' apabila mengeluarkan duit masa mula2 membelinya dahulu. Tapi kata orang alah membeli menang memakai, pam susu ini masih elok sehingga kini. Kalau ada bahagian yang rosak atau hilangpun masih boleh mencari alat gantinya. Si kakak juga aku susukan dengan susu sendiri tanpa campur sehingga usianya setahun sebulan. Selebihnya aku sedikit malas untuk memerahnya di pejabat.
Inilah rupa pam susu pertama yang aku miliki. Barand ini ok bagi aku cuma tiub pam agak sukar dicuci. Kredit pada http://connect.in.com/pigeon-breast/photos-pigeon-breast-pump-ee2379bc2892bb64.html sebab aku ambil gambar dari sini. |
Inilah rupa set pam brand philip avent yang akhirnya berjaya aku miliki pada tahun 2006. Kredit pada http://www.breastfeeding-magazine.com/avent-isis-breast-pump-on-the-go-set-visitor-breast-pump-review.html sebab aku pinjam gambar ini. Nak tangkap sendiri malasla pula. |
No comments:
Post a Comment