10 November 2011

Kolik / Colic

Apa itu kolik?

Aku pun sebenarnya tak tahu sangat pasal kolik ni. Walau anak dah nak masuk 4 tapi serius aku tak taupun apakah itu kolik. Sehinggalah aku tengok satu filem Siam yang bertajuk Colic ni jadi aku fahamlah sikit2 tapi taklah sepenuhnya sebab ada unsur2 mistik kat situ. Tapi sekali pandang aku rasa dalam masayarakat Melayu kita mengenalinya dengan 'Sawan tangis'. Tapi baru2 ini aku terjumpa tentang satu artikel mengenai kolik  ni dan terfikir aku nak berkongsinya dengan orang yang mencari2 makna disebalik kejadian ini. Apa2 pun kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kolik ni bolehlah berkunjung ke laman web ini INI dan INI. Selain info kolik, banyak lagi info2 lain yang boleh diperolehi tentang ilmu keibu bapaan di situ.

Secara ringkasnya kolik ialah label bagi pola tangisan yang tidak dapat dijelaskan pada bayi berusia di bawah tiga tahun yang sihat dan cukup makan. Walaupun kebanyakan bayi kecil kerap menangis tanpa sebab, terutamanya pada waktu awal petang, bayi yang menghidapi kolik menangis dengan lebih kerap daripada yang lain dan adalah sukar atau mustahil untuk ditenangkan. Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan.
Berikut adalah beberapa punca yang mungkin menyebabkan kolik serta tips yang boleh digunakan untuk mengurangkan sindrom kolik ini iaitu :
  • Sistem saraf pusat bayi anda masih tidak matang dan tidak stabil dan bayi anda belum bersedia untuk menghadapi stimulasi yang tidak dijangka. Bayi ini mungkin kurang menangis jika dia dibedung atau diangkat dalam anduh atau dibuai dalam buaian. Bayi anda mungkin akan tenang apabila anda memperdengarkannya dengan bunyian atau vibrasi berterusan yang menghalang stimulasi lain, seperti membawa dia berjalan dalam kereta atau meletakkannya berhampiran peralatan rumah yang berbunyi. Bayi anda mungkin akan tenang jika dia menghisap puting atau jarinya atau jika anda mengurutnya dengan perlahan atau membawanya keluar berjalan di luar rumah.
  • Sistem gastrousus bayi anda mungkin belum lagi tidak matang. Anda mungkin sedar bahawa bayi anda berangin atau sakit terutamanya selepas menyusu atau sebelum buang air besar. Jika dia berangin atau perlu sendawa dengan banyak, pastikan dia tidak menghirup udara dari botol dan selalu sendawakannya walaupun dia memakan susu badan. Jika dia terlalu berangin, pakar pediatrik anda mungkin menyarankan rawatan antispasmodik seperti Dentinox atau Colimix.
  • Bayi anda mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya. Jika anda menyusui, anda boleh cuba menukar diet anda untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi anda. Anda tidak boleh mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. (Jika anda mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan diet anda masih mencukupi). Jika bayi anda minum susu formula, berbincang dengan doktor anda sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi anda apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.
  • Bayi anda mungkin akan menjadi amat sensitif dan reaktif. Dia akan sukar ditenangkan kerana keperluan tidur dan makannya tidak menentu. Bayi yang sukar ditenangkan selalunya dilahirkan pra-matang beberapa minggu dan perlu menyesuaikan diri atau mungkin cuba untuk pulih dari kelahiran yang sukar.
Bagi pasangan yang anak mereka mengalami masalah ini perlulah banyak bersabar terutamanya bagi ibu yang masih dalam pantang. Ini kerana kesabaran kita memang akan teruji. Kalau agak2 hilang sabar tu letakla sekejap anak tu dan biarlah dia melalak dulu. Nampak agak kejam tapi bukan apa takut ada yang tak sabar dan akan melakukan apa2 yang boleh memudaratkan bayi mereka. Kalau boleh tugas menjaga bayi sementara itu diambil alih oleh bapa atau keluarga agar si ibu boleh bertenang. Ini bagi menjamin kesejahteraan anak dan ibu tadi. Jangan bapa yang baran sudahla. Tak selamat juga bayi tu nanti ;p Walau apapun aku pasti rawatan kaedah Islam mampu menenangkan bayi yang mengalami masalah ini. InsyaAllah.

No comments: