22 June 2011

Hasil Bedah Siasat

Ok seperti yang aku citer sebelum ni. Afiq pergi agak mengejut dengan Dr. sendiri menyangkakan ada unsur2 jenayah di situ walaupun aku maklumkan bahawa anakku pernah dirujuk suatu ketika dahulu di hospital ini dan pernah di x-ray. Kata Dr. itu kisah lain. Kematian ini pasti faktor lain. Memang hancur hatiku apabila dipertikaikan sedemikian rupa. Kuasa di tangan mereka. So aku dan suami pasrah. Asalnya disuruh suami ke balai polis untuk buat laporan kematian. Pastu polis persoal kerana Dr. tidak tulis sebab kematian coz di situ tercatat 'PENDING INVESTIGATION'. Oleh sebab itu polis tak boleh keluarkan permit gali kubur. Ya Allah banyak sungguh dugaan kami pada hari itu.

Sedang aku bersoal jawab dengan Dr. Azman di Wad Kecemasan. Pelbagai yang disoalkan sehingga  aku toleh ke belakang tengok jenazah arwah dah tidak ada di katil tadi. Rupanya dah dikeluarkan dari bilik kecemasan untuk dihantar ke Bilik Mayat. Aku terus tinggalkan Dr. terbabit bagi mendapatkan Afiqku. Aku sendiri mendakapnya dan membawa jenazah ke sana dengan menaiki kereta jenazah. Ya Allah sungguh aku tak pernah menyangka akan melalui situasi sebegini. Sayu hati bila terpaksa meninggalkan Afiq 'keseorangan' di dalam peti di Bilik Mayat yang dingin itu. Sedang aku terpaksa menanti di luar selama lebih 4 jam untuk menunggu prosuder seterusnya. Seksanya hanya Alah yang mengetahui. dan aku difahamkan bahawa prosuder ini sememangnya salah. tapi pada siapa nak diadukan. Aku dah tak berdaya. Nasib baik ada ramai saudara serta kengkawan yang sudi menemankan aku yang 'bercelaru' ini.

Setelah melalui pelbagai prosuder serta penantian yang menyeksakan akhirnya Afiq 'dilepaskan'. Siapa yang belum baca kisah sebelumnya boleh baca di Entri IV. Kata Dr. Anathi yang melakukan bedah siasat, Afiq meninggal kerana jantung. Ya Allah bagai nak gugur jantungku untuk ke berapa kalinya hari ini. Dr. Anathi kata jantung Afiq besar. Begitu juga dengan organ dalaman yang lain seperti paru2 dan hati. Salur darahnya juga besar 15 kali dari saiz normal. Namun begitu penyebab kepada semua ini masih belum dapat dipastikan. Semuanya bergantung kepada keputusan ujian makmal yang akan dilakukan kelak. Ya Allah kuatnya Afiq kerna siapa pun tak tahu yang dia sakit. Semoga semangat adik mengalir dalam jiwa mama sayang.

Main hujan 5 hari sebelum kematiannya. Lihatlah perut Afiq yang buncit. Dr. kata kembung.
Tapi post mortem kata sebab organ dalaman seperti hati dan peparu sudah tertolak ke bawah.
Ini kerana jantungnya yang telah membesar.

Entri VII nanti akan ku kongsikan laporan penuh kematian anakku serta beberapa perkara yang menyebabkan aku rasa nak saman hospital.

No comments: