23 June 2011

Laporan Bedah Siasat

Siapa sangka si kecilku ini sebenarnya mempunyai masalah jantung sejak lahir.
Sememangnya Afiq seorang yang kuat semangatnya.
Hasil bedah siasat awal mendapati punca utama kematian Afiq adalah kerana jantung. So hari ini aku nak cerita plak laporan penuh punca kematiannya. Punca kematian Afiq ialah 'CONGENITAL HEART DEFECT'. Rupa2nya jantung Afiq memang bermasalah sejak lahir tapi seorang doktor pun tak dapat mengesannya. Alasan mereka adalah kerana hanya betul2 pakar sahaja yang dapat mengesan penyakit ini. Dan jika doktor biasa yang memeriksanya maka mereka akan mengatakannya 'MENGIDAP ASMA'. Dan itulah yang terjadi kepada puteraku itu, didiagnosis penyakit yang salah. Namun aku percaya di sebalik kejadian ini banyak hikmah yang tersembunyi. Cuma kita sebagai manusia biasa pasti banyak mempertikaikan tentang kerja manusia yang dirasakan cuai ini. Tapi jika berbalik pada kerja Tuhan kita pasti redha kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Menurut Dr. Baizura iaitu Ketua Bahagian Pedriatrik Hospital Kajang bahawa anakku ini meninggal kerana jantungnya gagal berfungsi. Klau diceritakan mengenai Congenital Heart Defect ni ada macam2 kategori. Kategori yang Afiq alami ini ialah kelainan fungsi injap jantung. Ini menyebabkan jantung Afiq terpaksa berkerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh badan sehingga satu tahap jantungnya tidak mampu lagi berkerja. Menurut doktor biasanya bagi kes begini bayi tidak akan hidup lama dan biasanya hanya capai usia bulan sahaja. Tapi kes Afiq berbeza kerana selain injap jantungnya berfungsi terbalik, namun dibantu oleh pembentukan 2 lubang pada jantung yang memanjangkan hayatnya. Ya Allah kuatnya Afiq bertarung untuk hidup hingga aku dan doktor2 itu tidak bisa mengesan penyakit yang dialaminya. Satu faktor ketara ialah Afiq tidak mengalami masalah kebiruan seperti pesakit jantung lain.

Tapi apa yang paling aku kesalkan ialah menurut Dr. Baizura masa x-ray yang dijalankan pada 30 Disember 2009, menunjukkan bahawa jantungnya telah membengkak. Dan dia tidak faham mengapa doktor yang merawat Afiq pada malam itu boleh terlepas pandang sehingga tidak merujuk kes ini ke Bahagian Pedriatrik. Rupa2nya apa yang disangka dada Afiq tenggelam sebelah kiri adalah sebenarnya dada Afiq membengkak di belah kanan. Ini berlaku kerana jantungnya telah membesar hingga memenuhi ruangan tulang rangka belah kanan sehingga menolak semua organ dalaman seperti hati dan paru2 ke perut. Patutlah perut Afiq besar yang doktor sangkakan sebagai kembung. Dan sebagai perbandingan doktor menunjukkan kami imej x-ray sebelum serta selepas kematiannya. X-ray selepas kematian jelas menunjukkan yang jantungnya telah memenuhi ruang belah kanan. Semakin besar dari sebelumnya yang juga telah membengkak. Sungguh aku kagum dengan semangat Afiq yang tetap tabah hingga ke akhir nyawanya.

Aku sebenarnya tak tahu nak gambarkan perasaan aku pada doktor yang bertugas pada malam kubawa Afiq ke Hospital Kajang ini. Sila rujuk Entri IV untuk kisah ini. Sebenarnya pada doktor2 lain juga yang mana pernah merawat Afiq. Bukan tidak redha dengan ketentuan-Nya tapi kerana sikap sambil lewa mereka. Memang mereka bukan Tuhan tapi mereka yang ingin mengambil risiko merawat insan lain. Jadi sudah semestinya mereka ambil tanggungjawab tu dengan amanah yang mana akan disoal di akhirat kelak. Bukannya jalankannya sambil lewa. Memang aku tak nafikan bahawa ada kes di Wad Kecemasan pada malam tu... tapi aku rasa ia memang fenomena biasa bagi seorang doktor yang dilatih menghadapi saat2 sebegitu. Itulah sebabnya mereka digelar golongan profesional. Entah apa yang dia orang fikirkan tentang kesihatan kanak2 sebesar itu.. Kata Dr. Baizura pada malam itu sepatutnya mereka sudah dapat mengesan masalah anakku. Memang jelas pada imej x-raynya dan ada beberapa prosuder pemeriksaan yang tidak dilakukan oleh 2 doktor terbabit. Jadi apa yang korang rasa kalau situasi ini berlaku pada korang sendiri? Sebab aku sendiri dah tak tahu nak gambarkan perasaan aku. Marah, sedih, benci, redha dan macam2 lagi. Semuanya bersatu.

Ya Allah tabahkan hati kami. Berikanlah kami petunjuk. Ikhlaskan hati kami menerima ujian-Mu. Kuatkan semangat kami seperrti mana Engkau kuatkan hati anakku Afiq. Semoga kami juga sekuat Afiq yang dapat menyembunyikan sakitnya dengan izin-Mu. Amin

No comments: