25 June 2011

Kuubat Kehilangan I

Bukan mudah menghadapi kehilangan yang mengejut ini. Syukur aku punya keluarga serta teman2 yang banyak membantu. Sesungguhnya mengubat hati yang merasa kehilangan ini bukan mudah. Tambahan pula ketika mengingati semua keletah Afiq yang sudah banyak itu. Paling tersentuh adalah apabila aku melihat makanan, pasti air mata ini akan mengalir. Teringat pada si kecil yang kuat makan itu. Lantas hampir 2 minggu aku mendera diri dengan tidak makan. Kalau adapun cuma sedikit sahaja makanan yang aku jamah. Sehingga pada suatu ketika ketika aku mengikuti satu kuliah agama yang menyatakan bahawa makan juga satu ibadah, maka aku perlu makan untuk meneruskan hidup.

Lihatla gelagat Afiq kalau dapat makan. Ceria sangatkan?
Aku bersyukur kerana Afiq meninggal pada bulan Rabiulawal yang mana pada bulan inilah sambutan Maulidul rasul dijalankan. Maka banyak ceramah agama dijalankan dan ada yang aku hadiri. Dari situ banyak ilmu yang aku perolehi dan banyak juga yang menyedarkan aku yang hampir terlupa ini. Sedang aku lupa mungkin Afiq pergi untuk mengingatkan aku agar jangan hanyut dengan dunia semata2. Alhamdulillah dari situ aku bangun. Dengan kekuatan yang bersisa aku buka internet. Tanya 'pakcik google' ke mana perginya bayi atau kanak2 yang belum baligh ini selepas mati. Aku bersyukur banyak cerita indah yang aku peroleh tentang mereka. Ya Allah bertuahnya anakku itu. Mungkin di dunia dia sakit tapi di sana dia tenang dan sihat.

Ada cerita yang aku baca tetapi aku belum merujuknya pada alim ulama mengenai perkara ini ialah apabila kanak2 ini meninggal mereka akan diangkat ke langit dan diasuh oleh Nabi Ibrahim a.s. Sejuk hati mendengarnya. Pastu budak2 ni nanti akan terus masuk ke syurga tanpa perlu menempuhi hari perhitungan di padang masyar. Wallahualam. Dan katanya ketika kiamat nanti andai ibu bapanya tergelincir ketika melalui titian siratulmustakim nanti, merekalah yang akan membantu menarik kita keluar dengan syafaat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Apa pun kita kena redha masa matinya mereka dadulu. Mudah2an aku tergolong mereka yang redha dengan ketentuan Ilahi. Amin.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pastinya anak2 ini akan menjadi Wildan di syurga nanti. Jadi pada ibu bapa yang mengalami masalah sepertiku ini janganlah bersedih. Sesungguhnya anak2 kita telah mendapat tempat terbaik di sisi-Nya. Tugas kita di dunia adalah memperbanyakkan amalan yang diredhainya agar dapat bertemu mereka di akhirat kelak. Amin.

Oh! Ya saya suka baca artikel dari SINI. Banyak ilmu yang boleh dipelajari dan dijadikan tauladan.

No comments: