01 July 2011

Tentukan Jantina Anak I

Entri kali ini aku nak kongsi carta kuno yang aku pernah baca kat suratkhabar satu ketika dulu. Cuma aku buat lawa2 balik supaya orang boleh baca. Maklumla dah lama.

Aku rasa setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mahukan zuriat. Ada yang ingin anak pertama mereka lelaki. Ada juga yang mahukan perempuan. Tapi ramai yang tidak kisah jika dapat anak lelaki mahupun perempuan. Kalau kembar sepasang lagi bahagia rasanya. Agaknyala.

Oleh itu kat sini aku nak kongsi satu carta kuno dari Peking, China yang berusia lebih 700 tahun yang dikatakan 99% tepat. Carta ini bagi si ibu merancang kelahiran anak mengikut umur mereka serta bulan kelahiran anak mereka.

Kalau merancang untuk memperoleh anak ketika berusia 25 tahun dan inginkan anak perempuan, maka bayi anda perlulah dilahirkan pada bulan Januari, April, Mei dan Julai. Jadi bila nak mula tu, sendiri mau ingatla ;p 

Tapi perlulan diingatkan dekat sini bahawa carta ini hanya sebagai panduan sahaja. Hak sebenar adalah pada Dia Yang Esa. Berdoalah pada-Nya zuriat apa yang diinginkan. Insyaallah moga diperkenankan.

Jadi kepada sesiapa yang berkenaan "SELAMAT BERUSAHA".

1 comment:

Ahmad said...

Assalamualaikum Kak. Terima kasih di atas perkongsian yg baik. Semoga Allah merahmati usaha baik akak. Saya ada sedikit komen mengenai carta menentukan jantina anak. Saya merasakan ia boleh memesongkan akidah kalau salah pemahaman. Inshaa Allah saya sudi menghuraikan lebih lanjut.

ahmadrauyani@gmail.com