04 August 2011

Afiq : Setelah 6 Bulan Pemergiannya

Hari ini, genap 6 bulan Afiq pergi. Sungguh terasa benar begitu pantas masa meninggalkan kita. Sedang rindu pada si kecil masih bertamu. Cuma kesannya tidak sehebat dulu. Jujurnya aku dan keluarga masih 'terasa' kehilangannya. Tapi syukur, kami dianugerahkan-Nya kesabaran dan moga keredhaan-Nya juga. Kakak Yaya juga makin kuat dan tabah. Dan kata Yaya "kakak nak puasa, nak jadi good girl. Nanti boleh jumpa adik kat syurgakan mama." Syukur, si kakak sekarang sudah nampak kematangannya. Dah boleh berfikir. Mungkin itulah yang dijadikannya motivasi untuk berpuasa. Abang seperti biasa, jarang2 menunjukkan kesedihannya. Cuma kadang2 air matanya pasti gugur melihat album gambar Afiq. Aku? Jujurnya masih rindu memeluk tubuh kecil itu. Moga keampunan dianugerahkan kepadaku oleh Sang Pencipta kerana kadang2 seakan2 tidak dapat menerima takdir. Suamiku? Entahlan, orang lelaki memang pandai menyembunyikan emosi mereka. Tapi aku pasti, dia juga rindukan Afiq.

Si kecil yang amat kurindui.
Allahyarham Muhammad Danish Syafeeq

Kisah2 Afiq

No comments: