03 August 2011

Cerita Abang Mula Puasa

Amer Si Abang mula puasa masa umur nak masuk 5 tahun juga. Tapi hari pertama dia puasa bukanlah pada hari pertama kita puasa. Seingat aku masa dah hari ke-5 umat Islam mula berpuasa pada tahun itu. Okla nak ajar namanya pun. Masa tu aku kat kampung di Perak. Kejut sahur masa tu sekali Yaya pun bangun dan makan. Dan hari tupun sebenarnya kita orang akan balik KL. Jadi masa dalam kereta, Amer dapat menahan lapar dan dahaganya. Cuma bila sampai rumah dia dah merengek lapar. Jadi bagi mengelakkan dia asyik minta makan, aku cuba alihkan perhaian dia dengan aktiviti yang dia suka. Alhamdulillah sejak dari itu, Amer dah puasa penuh. Untuk bagi sokongan moral di sekolah, aku buat surat kepada cikgu memaklumkan yang dia berpuasa. Alhamdulillah, walaupun bukan Tadika Islam, cikgu2nya yang majoritinya dari kaum India faham dan menyokong usaha anakku serta rakan2 lain berpuasa. Mereka diasingkan sewaktu makan dan diberikan aktiviti bagi mengisi waktu terluang. Tapi ada orang yang tak suka bila aku latih anak aku seawal usia begini. Kesian budak katanya. Tapi bagi aku melatih anak melaksanakan Rukun Islam terutamanya solat dan puasa perlulah dari kecil lagi agar sebati dalam diri mereka. Wallahualam.

No comments: